Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday 18 November 2011

Setahun Sudah Usianya

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ini genap setahun sebulan usia puteraku Yusuf Fansuri. Ibarat berdiri di hujung jalan, bila ditoleh ke belakang melihat di sepanjang perjalanan yang jaraknya setahun sebulan itu....sarat dengan bermacam kejadian yang mencabar emosi, menguji rasa dan tak kurang juga menduga akal...apapun, tiada yg lebih indah selain menjadi seorang ibu...♥ Umi Sayang Yusuf!


Lama sungguh tak upload blog. Sebenarnya bila dah menjadi surirumah sepenuh masa, urusan mengatur masa terasa lebih mencabar berbanding masa kerja dulu. Bz doploh pat jam...ntah apa yang di bzkan pun tak pasti. Yusuf semakin aktif (ulang suara aktif yer bukan notty) :D Ngeeeeee....!

Yusuf belum pandai berjalan lagi (tapi sudah pandai memanjat), pandai bersalam cium tangan, bersungguh-sungguh diciumnya tangan kita kekadang bila terleka sampai dibasahi air liur atau digigitnya tgn kita tu...huhuhu...pandai letak tangan kat tepi telinga mengajuk orang tgh azan, yang lawaknya bila mengajuk 'bye2' ala ala menari macam saloma! huhuhuhu...hampir semua perkataan yang disebut di depannya dia sudah pandai ulang semula. Sudah kenal huruf 'Ba' pada flashcard Hijaiyah...dan satu dua huruf lagi (mengikut mood) pandai sebut kebanyakkan huruf hijaiyah dengan bunyi makhraj yang tepat. Huruf berpangkal 's' seperti 'Sha' 'Sa' 'So' 'sod' mungkin yang paling sukar buatnya.

Paling kelakar waktu Yusuf sebut huruf Kaf : 'Kha' usaha sungguh-sungguh ni sebut 'kkhhaaaaa...' tarik dari dalam anak tekak, bukan main payah lagi kita yang melihatnya...lucu! Paling cute waktu Yusuf sebut huruf 'tha' sekali dengan bunyi angin berdesir 'hams'. Aku ketawa sorang-sorang bila Yusuf sebut huruf 'nun' 'nnnnnnnaaa..', panjang sungguh dia tarik 'n' tu sehinggakan dalam perbualan seharian bila nak sebut 'nak' atau 'nenen' pun mesti sama, akan tarik huruf 'n' sepanjang mungkin (kadang-kadang terus hilang 'ak' pada perkataan 'nak' dek kerana pjg sgt tarik 'nnnnn...'). Salah aku jugak waktu ajar dia flashcard duk pulun tarik 'n' lebih2 waktu sebut huruf 'nun : 'na'.

Aku masih ingat lagi sewaktu kali pertama huruf 'Ba' meluncur keluar dari mulut Yusuf sewaktu ditunjukkan flashcard hijaiyah di depannya dua bulan yang lalu, aku ketawa semahu-mahu, air mata laju turun ke pipi. Kehairanan Yusuf bila aku menari-nari depannya (haaa sampai menari tu, over ngko!) ku cium2 pipinya, terharu sungguh waktu itu. Mak yang di KL pun aku telefon untuk mengkhabarkan berita gembira itu. Bila dengar aku menangis suara mak pun seakan bergetar. Mak pesan supaya aku rajin2 mengasuh Yusuf ke arah menjadi seorang Tahfiz satu hari nanti. Dalam keluargaku tak ada seorang pun yang hafal al-quran. InsyaAllah manalah tahu jika rezekiku anak ini akan jadi tahfiz satu hari nanti, membawa keberkatan & kebaikan pada keluarga kami...amin...insyaAllah. Mungkin pada sesetengah orang perkara sebegini perkara biasa apalah sangat untuk digembar-gemburkan...tapi buatku, Allah...sahajalah yang mengetahui. Besar sungguh harapan yang aku letakkan pada anak yang seorang ini.

Yusuf belum pandai bercakap tetapi dia tidak pelat & pandai mengajuk perbualan kita. Berdasarkan pemerhatian aku, pengajaran flashcard Hijaiyah yang aku mulakan sejak awal usianya banyak membantu Yusuf menyebut perkataan dengan sebutan yang tepat. Sewaktu umur beberapa bulan saja dia dah pandai sebut Ummi & Nenen. Sebenarnya kesedaran untuk memberikan pendidikan awal kepada anak terbit setelah membaca dua blog ini :


Sejak mengandung lagi hari-hari aku teliti & renungi pengalaman kedua-dua ibu hebat ini mendidik anak mereka menjadi tahfiz dalam usia yang masih muda. Teruja dengan pencapaian anak-anak mereka aku memulakan langkah pertama dengan membeli Set Buku dan VCD al Furqan. Ketika itu aku masih mengandung lagi. Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda baris pula merupakan langkah yang kedua aku ambil. Semasa dalam pantang kan main gigih mengajak suami ke Setapak membelinya direct dengan pengedar. Banyak buku-buku berkaitan pendidikan awal dijual di situ. Rasa macam nak borong semuanya. Tak mengapa, step by step. Masukkan ilmu al-quran terlebih dahulu, mudah-mudahan ilmu yang lain mudah masuk selepas itu.

Membeli alat pendidikan memang mudah, namun meluangkan masa dan mencekalkan hati untuk mendidik anak mengenal al-quran tidak semudah seperti yang disangka. Sebenarnya memang tepatlah sebagaimana yang aku pernah katakan di dalam entri sebelum ini, aku bukanlah seorang yang istiqamah dalam membuat sesuatu perkara. Disiplin seumpama musuhku yang paling ketat. Mungkin sebab itulah aku lebih sesuai melakukan kerja2 freelance di rumah berbanding terikat dengan waktu kerja & arahan bos di pejabat. Walaupun aktiviti semudah makan vitamin, hatta mengupdate blog & menreply comment kat FB pun tak komited. Apatah lagi mendidik anak. Susah betul nak disiplinkan diri meluangkan masa beberapa minit sehari untuk mengajar anak flashcard Hijaiyah. Macamana anak nak disiplin kalau Umminya sendiri tak Istiqamah....Haihhh...! Sejujurnya aku jarang-jarang sekali aku bawak keluar flashcard tu untuk ditunjukkan kepada Yusuf.


Ntah mengapa dalam entri kali ini tergerak pula hati untuk berkongsi tentang pengalaman mendidik Yusuf. Sebenarnya malu-malu juga nak bercerita maklum la diri tak setara mana, dengan tak istiqamahnya...haiihh...sigh! Kawan-kawan yang membaca entri ini, aku nak mengajak kalian semuanya memulakan pendidikan anak seawal yang mungkin, khususnya ilmu al-quran dan tiada guru yang lebih baik selain kita ibu bapa anak itu sendiri.

Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk syok sendiri menceritakan pencapaian anak yang tidaklah sehebat mana. Sekadar ingatan buat diri bahawa semua anak dilahirkan bijak, selebihnya tanggungjawab serta peranan kitalah sebagai ibu/pendidik yang menentukan tahap pencapaian anak kita selanjutnya. Alhamdulillah mujur Yusuf cepat tangkap, bayangkan kalau aku lebih rajin lebih kerap mengajar dia...mungkin dia mampu ikut jejak langkah anak2 idola ku Lina Karim dan kak Rozana. Kak Lina & Kak Zana doakan aku supaya rajin & istiqamah mendidik Yusuf ya...

Sebagai penutup serangkap pantun sebagai sumber inspirasi buat ibu-ibu serta diriku sendiri :

Buai Tingi-tinggi,
Sampai Cucur Atap,
Belum Tumbuh Gigi,
Sudah Pandai Baca Kitab...

p/s: Pakej Al Furqan tu satu set buku 4 buah semuanya dan satu cd nashid untuk kanak kanak yang ada kena-mengena dengan bunyi sebutan huruf al quran yang diajar dalam pakej tersebut.

Kad Hijaiyah tu pula satu set huruf jawi berbaris atas. Kedua-duanya aku beli di tempat yang sama iaitu : 65-1, Block E, Platinum Walk, No. 2, Jln Langkawi, Setapak 53300 KL
Tel : 03-4143 5540

Di harapkan sedikit info di atas dapat membantu ibu-ibu di luar sana memulakan langkah awal mendidik anak mengenal al quran. Terima Kasih.

Saturday 16 July 2011

i'm In Love ♥



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Entry Kosong Tanpa Kata, Sarat Dengan Cinta ♥

Tuesday 7 June 2011

Kelahiran Yusuf Fansuri - Part 3 (Final)

Amboi Haihhh...nak citer part bersalin siap ada sequel...mengalahkan filem la plop...ekceli...aku ni bukanlah pemblog tegar...masuk blog hari2 layan feedjit tgk org2 yg lalu-lalang blog aku...harap nak hapdet blog...nan hado! bukanlah malaih atau takda idea..tapi..baru nak update n3 jer, tuntutan tanggungjawab memanggil-manggil...(leka hadap facebook pun satu hal gak) hehehe...ha kena setop kejap..baby nangis..baby berak...baby nak make..nak nyusu...nak mandi...nak ajak main...ajak nyanyi2....ajak baca alif ba ta...haihhh...macam2 hado...boleh dikatakan, baby mengambil 25 hours masa aku dalam sehari...hilang selera nak buat benda-benda lain. Syukurnya aku ni suri rumah aka freelance. Selalu aku bayangkan ibu yang bekerja sepenuh masa, memang tabik spring la kat derang neh!

...setop kejap, baby nangis...
..

....

......

Hokeh...meh sambung...

Siri sebelum ini...sampai mana dah kita..haihh...lufer....ok sampai part nak masuk dalam labour room nak bersalin dah....citernyer cengginih...

Sehingga kini, hampir dua hari aku berjuang menahan sakit contraction bersalin dalam wad. Perit & perihnya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui. Ketika ini bukaan masih lagi 4cm. Darah makin banyak keluar. Sampai luka2 bibir bawah ni aku ketap dek kerana menahan sakit. Kalau selama mengandung ni, soklan peberet aku kepada ibu2 yang pernah bersalin adalah... "Sakit ke bersalin ek?...errr sakit tu sakit sgt2 ek?" Haa...sekarang ni taulah aku jawapannya...Yerrr MEMANG SAKIT SANGAT2! huhuhu :(

Ibu2 di dalam wad aku kini bersilih ganti dengan yang baru. Agaknya mereka dah selamat melahirkan anak. Agaknya mereka sekarang ni duk syok peluk2 & tgh main2 dengan bayi mereka....aku jugak lew yang masih terkial2 kat atas katil wad ni dilanda gelombang contraction. Baring pun dah tak lurus...mengerekot ateh katil. Tatkala kesakitan yang aku alami semakin memuncak, kesabaran suami juga semakin menipis. Banyak kali dipujuknya aku agar dibawa keluar aja dari Hospital Ampang. Alasan labour room penuh memang sukar diterima oleh akal. Tambahan pula seram setelah mendengar dua kes dari wad yang aku duduki ini, bayi termakan najis serta kekurangan oksigen hingga ibu terpaksa di bedah di saat2 akhir & bayi dimasukkan ke NICU. Kejadian2 yang berpunca dek kerana kelewatan dibawa masuk ke labour room, walaupun air ketuban sudah pecah. Kecewa dengan servis yang lemah serta frasarana yang tidak mencukupi. Kecewa...kecewa sungguh!

Suamiku yang belum tidur sejak aku dimasukkan ke wad sentiasa berulang-alik dari rumah ke hospital. Walaupun dia tak masuk menemani aku di luar waktu melawat, dia tetap setia berada di depan pintu wad, menanti sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Petang itu suami aku tekad, malah dia dah siap pakat dengan keluargaku serta keluarga mentuaku. Kata sepakat sudah dicapai nak bawak aku keluar dari wad serta-merta direct ke swasta. Kalau perlu operate pun operatelah. Suami aku dah tak sanggup tengok aku bergelut menahan sakit, petugas wad yang bersikap wat dunno selamber badak, serta labour room yang penuh sejak semalam. Aku pulak dalam keadaan lemah tak berdaya serahkan semua keputusan kepada suamiku. Personally, kalau boleh aku masih rela tunggu kekosongan labour room di Hospital Ampang. Buatnya dalam kereta on the way terberanak idak ke naya.

Dalam pada aku menanti kedatangan suami untuk membawa aku keluar dari Hospital Ampang, kedengaran nurse yang bertugas bercakap sesama mereka. Aku perasan diorang merujuk aku dengan nama panggilan "yang sakit kuat tu". Tak berapa lama kendian, tibalah saat2 yang paling aku tunggu bilamana seorang nurse datang menyorong sebuah 'wilca' memberitahu bahawa aku harus bersedia untuk dibawa masuk ke labour room. Syukur Alhamdulillah. Aku disuruh baring oleh nurse yang lagi sorang & sejenis cecair dimasukkan ke dubur bagi mengeluarkan najis. Tak sampai seminit selepas tu aku mulalah rasa memulas macam nak mem'buang'. Huru-hara aku dalam tandas. Semua benda dah nampak warna merah. Kaki dah lembik, menggagau tangan pegang sana-sini, nyaris nak pitam.

Selesai urusan di tandas, aku keluarkan sebungkus beg plastik berisi pakaian bayi untuk dipakai di dalam labour room nanti. Di dalamnya terdapat baju baby + booties & mittens, sekeping disposable diaper, sehelai tuala & selimut bayi. Nurse tu suruh aku tinggalkan barang2 lain, cuma bawa sehelai baju & sekeping disposable diaper aja. Time tu, aku memang dah lost habis...aku tak koser dah nak pi belek & pilih barang2 baby tu. Aku suruh nurse tu aja yang tolong pilih & asingkan barang yang kena bawak masuk labour room. Mendengus dia....hahaha...adoi lah dek non, kalau tak seronok nak bantu pesakit, pi ler cari kerja lain, jadi lawyer ke...hakim ke, menteri ke....

Lalu aku pun ditolak guna wilca ke labour room....akhirnya...!

Sesampai di muka pintu labour room, nurse tu tanya aku, dah kol suami? aku geleng kepala. Laaa..naper tak kol? henpon mana? aku juihkan mulut tunjuk pada dinding. Tercatat pada sekeping kertas yang ditampal di situ "Tidak dibenarkan menggunakan HP di kawasan ini". Yang sebenornya idak ler aku ni lurus kayu bebenor nak ikut arahan yang tertampai pada dinding tu...cuma bateri henpon dah kong....huhuhuahua Macam biasa, nurse tu merengus lagi, kali ni lebih ganas.... :D dia mintak nombor tel suami aku, jawabku "tengok la kat buku merah, maklumat suami termasuk nombor telefon ada di situ..." Yang sebenarnya time sakit2 tu, kepala aku blank. Nombor telefon suami pun aku tak ingat. Dengan perasaan anoyying semakin menebal, nurse tu bergegas mendapatkan buku merah lalu ditelefonnya suami aku yang kebetulan ketika itu baru jer sampai dan berada di depan pintu masuk ke wad tersebut.

Masuk aja ke labour room, perasaan berdebar2 semakin memuncak. Aku disuruh salin baju (uihhh kan main sexy rupanya baju bersalin ni) then dengan 'sekerat baju' dan separuh daya ku panjat stecher yang bakal menjadi tempat bersejarah menyambut kelahiran bayiku nanti. Rutin biasa yang paling aku menyampah, pemeriksaan CTG. Kulit perut menegang dengan hebat. Alangkan baring terlentang di situ sudah cukup menyeksakan, ditambah pulak dipakaikan 'tali pinggang CTG' tu hadoi aiii rasa nak pecah perut. Sampai satu peringkat aku request kat nurse tu supaya ditanggalkan aja alat tu. Tak daya dah rasanya nak menambah seksa yang sudah sedia parah ni. Nurse tu senyum aja sambil jawab "tak boleh dik, time2 ginilah kita perlu tau perkembangan jantung bayi, bahaya kalau kita tak pakai alat CTG ni". Okeh, pasrah.

Lama terbaring di situ dengan CTG diulang 2/3 kali sebab bacaan tak clear. Mulut tak henti2 menyebut Allah, berselang-seli dengan doa nabi Allah Yunus yang juga tak henti2 meniti di bibir, set dalam otak : 'makin kerap doa tu dibaca, makin redalah kesakitan ini'. Fikiran runsing... happy... takut... excited... tertanya2... ternanti2.... haiiihh! Aku cuba alihkan perhatian dengan memandang sekeliling bilik tersebut. Yang mula2 menarik perhatian ku adalah monitor komputer menayangkan interface laman facebook? Whattt??? Okeh, aku berimaginasi mungkin...di depan ku betul2 dihujung kaki terdapat sekeping kertas tertampal pada dinding catatan doa nabi Allah Yunus ketika di dalam perut Ikan Nun.

Doktor datang cek bukaan jalan & periksa catatan CTG. Katanya : "Kita ada 4 kes buat masa ni so far ini bacaan CTG paling cantik, saya tak risau kes yang ini". Alhamdulillah syukur. Dia pergi ntah ke mana dan datang semula dan meminta izin untuk memecahkan ketuban. Sebaik sahaja ketuban pecah, bukaan kini membuka dengan jayanya. Automatik kini bukaan meningkat kepada 8 cm. Air ketuban yang berwarna kehijau-hijauan macam lumut itu di tenung oleh doktor sambil mengangguk-angguk tanda everything normal sebelum 'beg kertas' berisi air ketuban dimasukkan ke dalam tong.

....tunggu lagi...

Lega tak terkata melihat si dia yang ku tunggu-tunggu menjengah ke ruangan itu lalu duduk di sisi membantu menenangkan aku. Kehadiran suamiku ketika itu memberikan semacam 'kuasa super power' (hokeh agak over di sini) yang sangat2 aku perlukan. Tak banyak yang kami perkatakan. Saling bertukar pandangan & berkongsi rasa. Susah nak percaya bahawa tak berapa minit jer lagi kami bakal bergelar Abah & Umi. Istimewa sungguh perasaan itu. Kali ni ntah macamana rasa nak meneran muncul dgn tiba2. Kesakitan memuncak...mengasak tak dapat dikawal. Aku suruh suami aku bagitau nurse bahawa masanya telah tiba. Dengan tak semena-mena ruangan sempit itu bertukar gamat. Sekumpulan manusia yang entah dari mana muncul secara tiba-tiba. Saat itu semuanya pantas berlaku. Kakiku dinaikkan ke atas batang besi di kiri dan kanan strecther. Sekumpulan manusia tadi bersorak-sorak memberikan kata2 semangat supaya aku meneran. Tika ini aku bayangkan sekumpulan manusia tersebut diberikan pom-pom & membuat rutin pasukan sorak ala2 pom-pom girl di hadapan kakiku yang terbuka. Awkward moment.

Ringkasnya...aku tak pandai push. (Tobat kalau peknen sekali lagi nak ikuti kelas prenatal) Setelah 7 hingga 8 kali push dengan pelbagai pujukan & kata semangat dari suami yang setia memangku kepalaku...barulah berjaya bayi dikeluarkan. Guntingan Episiotomy dibuat tatkala bayi tersekat di bahu. Dengan sekali Zzaaassttt...! Semacam perasaan sejuk dan lega terjun keluar dari rahim meluncur ke tangan bidan.

...magic...

...detik pause tanpa kata...

Percaya atau tidak, setiap rasa sakit yang ku tanggung selama 2 hari hinggalah ke detik ini hilang macam angin lalu. (Kata suami sejak saat ini aku tersengih non stop) huhuhu...seronok! best! teruja!...mataku mengintai-ngintai tak melepaskan pandangan walau sedetik kepada tubuh kecil yang sedang diuruskan oleh petugas di situ. Yusuf ditunjukkan kepada aku bertujuan mengesahkan jantinanya. Saat paling istimewa muncul tatkala si kecil Yusuf di letakkan di atas dadaku. Ntah apa ajaibnya sebaik saja tersentuh kulitku dengan Yusuf, automatik Yusuf separuh berpusing menggapaikan tangannya dengan terketar2 lalu memeluk aku. Speechless...bergenang air mata kesyukuran. Segala apa yang ku pandang pada bayi itu indah belaka. Indahnya saat itu. Indahnya dunia. Sakit? langsung tak ada......tak rasa apa.....hilang terusss.....!

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan yang bersama2 dengannya kau kirimkan sekali tanggungjawab yang sangat besar di atas bahu kami.

Terima Kasih Ya Allah, Syukur Alhamdulillah....

Monday 28 March 2011

Kelahiran Yusuf Fansuri - Part 2


Entri kali ini adalah sambungan dari episod sebelumnya ;)

18 Oktober 2010 (Bertepatan dengan tarikh due date)

Tepat pukul 12 tengah malam, nurse tutup lampu & suruh semua pesakit tidur. Aku masih lagi gelisah di katilku. Aku tengok kakak katil depan sempat makan2 sebelum tidur. Kakak katil sebelah letak kepala jer terus 'ghaib'. Kakak katil hujung port sembang senyap tak berkutik. Aku? Usahkan nak makan atau tidur, nak duduk diam pun 'seksa'. Sekejap ke tandas sekejap ke katil. Pergi ke tandas, bersihkan darah yang semakin banyak keluar, basahkan area perut ke bawah bagi melegakan rasa sakit yang menggila. Bila air membasahi perut ni sejuk sikit rasanya. Ya Tuhan sebegini sekali sakitnya nak bersalin, berikanlah kekuatan Ya Allah! Seluruh urat saraf & otot2 seakan2 ditarik2, direnjat2! Kalimat "Allah" tak henti-henti meniti di bibir, sekejap turun katil duduk menyenget atas kerusi, tak sampai seminit aku turun kerusi, panjat katil pulak. Lepas tu ulang-alik ke tandas dan rotation ni berlangsung sampai ke subuh!

Dialog Berapi
Ada satu babak tu, lebih kurang pukul 3 pagi, waktu ni aku tengah duduk bersandar atas kerusi menahan sakit. Salah seorang nurse yang rajin lalu-lalang 'sound' aku suruh tidur betul2 atas katil. Antara dialog berapi yang aku kenang sampai sekarang ni katanya...

"Awak ni, macamlah teruk benar sakitnya!"

Aku terkejut. Ha...sudah!

...Diam...

Nurse tu sambung lagi...

"Jangan duduk atas kerusi, baring atas katil, macamlah awak sorang je yang sakit nak bersalin, orang lain pun sakit jugak dik, tapi taklah teruk macam awak ni!" Katanya lagi dalam nada sinis.

'INDAHNYA BUDI BAHASA!' Memang macam ni ke budaya staf hospital melayan pesakit? Aku diam ajer. Menjawab? Tidak sama sekali, itu sangat2lah bukan aku. Banyak lagi yang 'dibahasakan' aku, cuma aku tak ingat maklumlah time tu tengah sakit, fikiran aku menerawang, tak mampu nak fokus.

Sudahnya, terkebil-kebillah mata aku menahan sakit di dalam kegelapan wad yang sekadar diterangi cahaya suram. Sayunya hati, dahlah sarat mengandung, seorang diri di sini jauh dari keluarga, dengan sakit yang amat sangat mencengkam abdomen, kelaparan, keletihan, dilayan buruk sebegitu rupa ermmm...patutlah ramai yang beranggapan serong pada perkhidmatan Hospital Kerajaan...sigh!

Ketuban Pecah
Selang beberapa jam, rutin pemeriksaan CTG & tekanan darah dibuat oleh nurse yang bertugas. Syukurlah, kali ni nurse yang bertugas lebih bertimbang rasa, lebih berbudi bahasa. Jam menunjukkan pukul 4 pagi tatkala pesakit lain nyenyak tidur, aku tengok kakak katil hujung kelam kabut bangun menuju ke bilik air. Masa lalu kat sebelah katil aku, sempat dia berbisik

"Ketuban pecah, limpah satu katil!"

Wah, nampaknya dah nak bersalin akak tu. Daripada gaya & riak akak tu, macam tak sakit sangat nampaknya. Relax ajer. Lepas tu aku perhatikan akak tu tiga pat kali ulang alik panggil nurse. Lepas tu menung2 pulak duduk atas katil.

Labour Room Penuh!
Heran gak aku, kenapa air ketuban dah pecah tapi masih lagi tidak dibawa terus ke labour room. Dalam sakit2 tu, sempat juga aku menjengok & bertanya khabar akak tu. Terkial-kial aku bangun berjalan ke katilnya yang terletak selang sebuah katil dari katil ku. Kesian sungguh aku melihat keadaannya yang tak menentu. Rupa2nya menurut akak tu labour room penuh, so nurse suruh tunggu. Tidak lama selepas tu, aku nampak suaminya datang dan lebih kurang sejam lebih selepas tu barulah muncul 2 orang nurse menolak katil kakak tu dengan tergopoh-gapah ke labour room. Aku pulak yang berdebar-debar, macam nak luruh jantung.

Antara Sakit & Malu
Pagi pun menjelma (ewahhh...!) sakit bukannya makin kurang, sebaliknya makin HEBAT! Lepas bersarapan dua sudu Nasi Dagang, sekumpulan doktor & doktor2 pelatih dalam 3-4 orang, buat pemeriksaan dari katil ke katil. Buat pertama kalinya aku rasa 'cek buka jalan' tak sakit langsung. Doktor Cina tu ramah tamah & sopan sungguh. Rasa malu toksah diceritakan lagi. Bagi yang pernah menempuhi pasti berkongsi perasaan yang sama. Waktu ni bukaan dah 4cm dan doktor tu suruh sediakan tempat dalam labour room. Wah! leganya hati toksah cerita. Doktor tu siap kata dengan doktor pelatih & nurse

"Patutnya dah bawak masuk ke dalam labour room, tengok keadaan dia sakit macam ni pun dah tau dia dekat waktu bersalin".

Tengahari
Ketika waktu berganjak ke tengahari, kulihat sebuah katil ditolak masuk ke wad aku. Di atasnya terbaring kakak katil hujung port sembang. Di kepala katil tergantung iv bag. Oic, kena operate rupanya akak ni. Ku lihat akak yang biasanya tak pernah lekang dengan senyuman itu masam mencuka. Dia terbaring lemah tak bermaya. Mukanya pucat lesi. Di ringkaskan cerita, rupa-rupanya kakak tu dah ready sangat nak bersalin & bukaan dah mencecah 10cm tapi terpaksa juga dibedah atas sebab2 yang aku tak berapa nak ingat (Mungkin takut baby lemas @ termakan najis). Ketika mataku liar tercari-cari bayi kakak tu, sebuah katil kecil ditolak masuk parking betul2 sebelah katil dia. MasyaAllah comelnya si kecil yang terbaring itu. Mulus...sucinya wajah yang sangat mirip dengan wajah ibunya. Alhamdulillah selamat semuanya.


Tasbih Nabi Allah Yunus

Dari pagi membawa ke petang, sakit yang makin memuncak ni datang bergilir semakin kerap. Suami aku datang seorang diri waktu melawat. Aku memang tak kasi bawa sesiapa. Tak sanggup aku tengok mak aku stress melihat keadaan aku menggeliang-geliut menahan sakit. Biarlah sakit ni aku tanggung seorang diri. Mulut tak berhenti-henti menyebut 'Allah'. Doa nabi Yunus tak sunyi dari bibir.

Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun:
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

"Zuuupppppttt!!" , 4cm tak Berganjak... :(
Beberapa kali disaat kesakitan ku memuncak dengan 'jayanya' nurse yang bertugas kupanggil untuk memeriksa bukaan jalan. Tak sabar rasanya nak dipindahkan ke labour room. Lagipun doktor yang periksa aku tadi kata aku dah boleh dipindahkan ke labour room. Apa lagi yang nurse2 ni tunggu? Nurse yang dipanggil tak kunjung tiba. Setelah lama panggilan ku tak dilayan, ku tekan pula butang panggil beberapa kali...still dunno ajer....lahai...akhirnya setelah suamiku yang panggil barulah datang seorang nurse kecil molek berbangsa India menyuruh aku ke bilik pemeriksaan yang terletak jauh juga dari wad aku. Dengan sakit memuncak begini usahkan nak berjalan, nak berbaring pun seksa. Supaya tak dicop 'pesakit banyak songel' kugagahi juga kaki dengan dipimpin oleh suami ke bilik pemeriksaan tersebut. Terhegeh-hegeh ku panjat strecher yang tinggi tu dan terbaring pula di situ kan main lama. Pemeriksaan bukaan jalan kali inilah yang paling sakit kurasakan. "Zuuupppppttt!!" Nurse kecil molek tadi 'menyeluk' aku ibarat melepaskan geram. Bukaan tak berganjak walau sedikit pun, masih 4cm macam pagi tadi. Katanya, selagi bukaan tidak bertambah, maka aku belum boleh dipindahkan ke labour room. Haissshhhh....! sabar...sabar....kuatkan iman....

♥ Kasih Suami ♥
Perihal suamiku pulak...hurmmm...selama hidup berdua dengannya, tak pernah ku lihat dia sekaget itu. Semalaman dia tidak tidur. Tak henti-henti siang dan malam bersms denganku memberikan kata2 semangat & memujuk aku supaya bersabar. Masa melawat kebanyakkannya dihabiskan dengan memandang aku. Dalam diam seribu bahasa ku lihat dia berjuang sehabis-habisan 'berlagak cool' menghadapi aku yang ketika itu menggeliang-geliut menahan sakit. Sesekali dia memicit-micit kaki dan bahuku bagi mententeramkan kesakitan yang mengganas. Pandangannya waktu itu amat sayu, sedih benar kelihatannya. Mengenang kembali detik itu, terasa begitu akrab hubungan antara kami, terasa sangat bertuah menjadi isteri kepada lelaki itu. Dalam keadaan sebeginilah terlihat betapa dalamnya kasih dan begitu luasnya sayang suami...

...Bahagia...

Setibanya hampir berakhir waktu melawat, sebelum berpisah suamiku meramas tangan aku, dikucupnya dahi. Tanpa sebarang kata, seolah-olah meminta agar aku terus berjuang menahan sakit. Sedihnya saat berpisah dengannya ketika itu, dalam waktu-waktu kritis sebegini terasa perlu sangat dia berada di samping aku.

...Sedih...

....bersambung ke episod selanjutnya....lagi...? hehehe sabo jelah

Sunday 27 February 2011

Kelahiran Yusuf Fansuri - Part 1

AWAS : ENTRI KALI INI SANGAT PANJANG!!!

4 Bulan Sudah Usia Si Dia...
4 bulan sudah usia Yusuf Fansuriku kini. Terasa bagai baru semalam contraction awal menyerbu abdomen & menerajang segenap deria sakitku dengan amat hebat sekali! (Fuh ayat!) Masih aku ingat pagi itu, 2 hari menjelang detik2 istimewa kelahiran Yusuf, ketakutan & keterujaan menguasai diri. Sakitnya Tuhan sajalah yang tau. Benar kata orang, sakit yang paling sakit sekali adalah sakit hendak melahirkan anak. Pengalaman sesetengah orang mungkin berbeza, namun pengalamanku sakit bersalin selama 2 hari sangat2 menginsafkan diri serta dapatlah ku katakan ianya merupakan pengalaman yang teristimewa sebagai bekal pelayaran hidupku kelak.

17 Oktober 2010
Mula2 alunan rentak contraction perlahan tapi memuncak dengan kadar yang sangat cepat. Sakit sejak 9 pagi berlarutan hingga ke tengahari. Sebiji nasi & seteguk air pun tak tertelan ketika itu (walaupun dalam blog kan main lagi kasi tip kat orang suruh makan nasi & mandi dulu sebagai persediaan hendak bersalin, tapi aku sendiri....:P) Apa yang termampu aku wat time tu hanyalah berbaring & tawaf sebuah rumah bagi mengurangkan rasa sakit contraction yang MENGGILA! Perasaan berbelah bahagi samada hendak terus ke hospital atau tunggu keluar tanda dulu. Menjelang 2 petang, sebaik turun tanda (darah) aku bergegas mengejutkan suami yang sedang tidur & mencapai beg ke hospital yang sememangnya telah lengkap tersedia sejak awal2 lagi.

SAKIT + SEBAK
Sebelum bertolak ku salam & ku peluk mak. Aku mohon mak maafkan segala dosa aku. Setelah itu aku menghampiri abah yang ketika itu di tikar sembahyang selesai menunaikan solat Zuhur. Ntah kenapa, perasaan sebak membuak2 melanggar tebing air mata ketika aku mohon maaf dari Abah. Paling banyak dosa aku pada Abah. Dah tua2 begini pun masih melawan & tak dengar kata Abah. Bergetar suara aku melawan sakit contraction & sebak dalam dada. Suami & mak yang memerhati pun terpaku macam DVD kena pause. Dramatika sungguh episod nan sebabak itu.

Peluh Dingin
Perjalanan ke Hospital Ampang paling jauh ku rasakan waktu itu. Baru malam tadi aku & suami 'rehearsal' dari Hulu Kelang ke Hospital Ampang nak memastikan bila tiba masanya nanti jalan2 short cut semua dah expert (macam tau2 pulak hari ni nak bergegas ke sana). Menggeliang-liut badan melawan contraction yang makin ganas mengasak dari bawah abdomen. Kejang seluruh bahagian perut. Meleleh peluh dingin di dahi. Ya Allah begini kuat sakit hendak bersalin, mudah-mudahan segeralah aku bersalin & berakhirlah kesakitan yang dasyat ini. Macam ni punya sakit, agaknya malam ni dapat pegang baby kut, begitulah lebih kurang mind aku berkata-kata memujuk hati supaya bersabar....

"Maafkan Dayah Bang..."
Ketika sudah hampir dengan Hospital Ampang sebelum masuk ke selekoh pintu gerbangnya, ku capai tangan suami & ku cium mohon maaf. Manalah tau buatnya umur tak panjang, manalah tau waktu bersalin nanti aku tak survive. Saat itu, satu demi satu salah silap aku padanya terpampang macam filem rosak depan mata. Selalu duk berdegil & melawan cakap dia....ampun yer bang.... :D suamiku pun time tu dengan tak keruannya angguk tiga pat kali memaafkan aku. Haaaiiiihh...! Sebaknya suasana time tu.

Alahai...HOSPITAL AMPANG
Diringkaskan cerita, sesampai ke labour room/bilik saringan (tak pasti Labour Room or bilik saringan lebih kurang jer rupanya, masa bersalin bilik lebih kurang macam ni jugak rupanya) beberapa ujian memeriksa (menyeluk) 'jalan keluar bayi' dilakukan. Darahku diambil, sesambil tu beberapa soalan diajukan kira macam kaji selidiklah. Jenis darah rhesus -ve menjadikan kes aku agak istimewa pada hari itu. Kiranya ibu & bayi termasuk dalam kategori di dalam pemerhatian rapi. InsyaAllah di entri yang lain akan kuceritakan berkenaan kisah rhesus negatif ni pulak. Doktor (doktor pelatih kut-pesakit yang sama wad dengan aku panggil Doc ni 'Dokter Cina Pendek') yang bertugas waktu tu mak aihhhhhh....!!! dah ler pakai selipar jepun jer...GARANGNYA Ya Ampun! Nurse pun tak mesra alam LANGSUNG. Sinis semacam, silap sikit nak sound. Nak kata tension, tak pulak ramai orang time tu. Tapi tak dulik la nak garang ke nak hapa, time tu rasa sakit nak bersalin mengatasi segala rasa.

Ujian CTG
Terhuyung-hayang aku menyalin baju pakai baju hospital & terhegeh-hegeh panjat strecther untuk pemeriksaan bukaan jalan & pemeriksaan ujian jantung bayi. Alat CTG yang digunakan tu macam tali pinggang dengan sebuah mesin terlekat ketat pada perut. Perut yang sakit & tegang bertambah sakit bila dipasangkan alat tu. Ikhlas cakap, rasa nak marah pun ada nurse yang pakaikan alat tu kat perut. Dah ler lamaaaaaaa.....! Siap kena goncang2 perut dek nurse tu...tup tup nurse tu kata "ini kena buat balik ni bacaan kurang jelas, adik duk dendiam ek, jgn gerak2" Owh TIDAK! tensennnnya!! sakitnyaaa..!!

1 cm
Jadi, cek punya cek....didapati bukaan jalan pada ketika itu hanyalah 1 cm. Untuk bersalin perlu tunggu sekurang2nya hingga bukaan mencecah antara 5 cm-10 cm. Jadi doktor di situ menyarankan agar aku pulang dulu ke rumah. WHAT! Sakit gila2 camgini baru buka 1 cm??? Macamana pulak rasanya nanti kalau buka 2 cm...3 cm..4 cm....10 cm??? Pulang ke rumah dulu pulak tu? Waduhhhh....! Contraction makin mengganas. Jarum yang ditebuk di saluran khas di bahagian urat nadi untuk memudahkan doctor mengambil darah dah siap2 tercucuk kat tangan. Nak tak nak, kena buka semula jarum tu, salin semula baju hospital, terhuyung-hayang pulak aku ke bilik scan. Setelah laporan & proses dokumentasi siap aku pulang ke rumah. Dan of coz lah mak & abah aku terperanjat tengok kami suami isteri berarak berusung balik semula ke rumah.

TAWAF
Sepulangnya ke rumah, aku berbaring & tawaf satu bilik. Itulah kerjanya, kejap baring kejap bangun. Ke kiri salah, ke kanan pun tak kena....semuanya sakit....berdenyut-denyut macam nak pecah rasa perut! Bahagian belakang & peha sengal yang amat sangat. Mak aku tak terkata apa, panic juga dia tengok aku menggelupur menahan sakit. Sesambil tu mak aku merungut tak setuju pihak hospital suruh aku balik.

7 Malam
Jam menunjukkan hampir 7 mlm. Badanku dah lembik menahan sakit, dengan tak makannya. Puas mak suruh aku makan tapi aku rasa nak muntah tiap kali fikir pasal makan. Hanya kesakitan contraction menguasai segenap jiwa & raga. Kakak ipar aku tak terkata apa, diambilnya minyak diurut2nya mana2 bahagian yang dirasanya patut. Mak yang dah tak tahan tengok keadaan aku yang makin terseksa menggeliang-geliut menahan sakit, disuruhnya suami aku bawak semula aku ke hospital.

Tak Berganjak
Diringkaskan cerita, kami ke hospital semula. Sesampai aja di Hospital Ampang, proses siang tadi di ulang semula. Dah ler 'Doktor Cina Pendek' tadi juga yang bertugas. Macam tak percaya yang bukaan jalan tak berganjak, masih 1cm dan kali ni aku dimasukkan ke dalam wad (Takan kena suruh balik 2 kali kut :D) Aku dibawa ke katil menggunakan wheel chair & suami aku ke kereta mendapatkan barang2 keperluan aku & baby. Kemudahan yang disediakan di wad ni cantik & selesa. Katil aku bersebelahan tandas. Tandas pun cantik & bersih.

Kakak Katil Hujung
Dalam wad tu ada 6 buah katil semuanya. Waktu aku masuk tu, ada 3 orang pesakit lain, 2 katil lagi kosong. Semuanya menanti waktu untuk bersalin. Macam kenal jer kakak katil hujung sederet dengan katil aku. Tadi petang masa kat bilik saringan dia pun ada. Katanya due date lambat lagi, dia datang hanya untuk check up sebab dia syak air ketuban bocor. Katil dia jadi port sembang. Penghuni wad tu semua berhimpun kat situ. Sesekali terdengar suara kakak tu bercerita menyebut2 "budak keramat", "check up petang tadi", "Doktor Cina Pendek"... 'Aik, macam aku jer yang dimaksudkan tu' Dari cara dia bercerita macam dia tak cam yang akulah budak keramat yang dia jumpa petang tadi :D (Maklum ler tadi siang pakai tudung, ni dalam wad tak pakai tudung).

Suami aku tiba bersama barang-barang. Sempat juga dibelikan roti & biskut buat bekal makan waktu malam. Dalam sakit2, sedih pulak rasa nak berpisah dengan suami waktu tu. Kalau boleh nak suruh dia tidur dalam wad temankan aku yang tengah kesakitan ni. Si suami pun dengan separuh hati balik ke rumah meninggalkan aku sorang2 kat situ........shahdu.........

....bersambung ke episod selanjutnya....perghhh!......

P/S : Lamanya n3 ni duduk perap dalam draft, akhirnya publish jua, penangan si Yusuf