Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 28 June 2010

1 + 1 = 3 Cak!

Sekarang ni dah 24 minggu. Mengenang semula detik2 awal mendapati diri ni pregnant memanglah teramat & sangat best sekali...time tu, 24 jam aku memantau perkembangan diri mencari2 tanda yang aku ney telah pregnant. Semua tanda2 awal kehamilan yang dalam net n buku kehamilan habis aku terokai. Tidur malam pun bermimpi hal ehwal yang bertemakan baby...Yang paling gedik tak menahan....awal2 lagi sorang2 & senyap2 tak bagitau sapa2 dah beli pregnancy test n buat ujian.

Syukur alhamdulillah, pada pagi itu...(9 Februari 2010) dengan sekali uji...terus naik tanda keramat double line itu....yippiiee...! Rasanya time tu, takda benda lain yg lebih cantik atau comel dalam dunia ni selain daripada dua line berkaler pink terang & kaler pink cair tu...owh ya, okay aku obses! Rasanya pagi tu dekat suku jam gak la aku renung dua line tu then baca pulak description kat kotak pregnancy test tu berulang2 kali...then, lepaih dah tersedar dari mimpi tu baru lah terpikir cara nak kasitau kat hubby n mak... :D

1 + 1 = 3

Masa kasitau kat mak, mak relax jer tahan excited...mak wat muka selamba tapi separuh tak percaya...(eleh aku tau dalam hati mak happy sesangat) huhu...tapi dia pesan kat aku jgn over confident sgt, selagi tak cek ngan doc kat klinik jgn nak celebrate dulu...aku faham, mak takut aku patah hati lew tu, buatnya tak pregnant, idak ke frust nonggeng sat gi...misi seterusnya nak kasi tau kat hubby... :P takder lew romantik sgt pun masa kasitau kat hubby tu...walaupun agak cliche tapi saat tu lah terasa bagiku sgt mengharukan dan mendebarkan (kalah masa zaman memula bercinta dulu) ...aku sms dia 1 + 1 = 3...kolotkan? huhu...(",) dub dab dub dab...beberapa saat lepas tu telefon ringging....encik suami kol huhu... ;)


Di bawah ni, sekadar untuk berkongsi dengan pembaca blog ini beberapa tanda2 awal kehamilan hasil kajian & pembacaan aku dari internet & buku2, hopefully dapat sedikit-sebanyak manfaat yang boleh kita kongsi bersama.....(",)

  1. Rasa loya dan muntah (terutama bila terbau wangian perfume atau masakan - dengan tetiba deria bau ney jadi super duper power....!
  2. Haid tidak teratur @ tidak datang pada tarikh yang dijangkakan - boleh wat urin test kalau dah lewat seminggu.
  3. Badan terasa panas pada kebanyakkan masa, kekadang sampai susah nak tidur - paneh!
  4. Rasa senak pada ari-ari, perut terasa membengkak sedikit.
  5. Sedikit pendarahan - Akibat daripada implementasi (persenyawaan benih & bercantum pada dinding rahim) - Biasanya berlaku pada tarikh pertama haid.
  6. Asyik lapar ajer 24 jam....hehe...nak makan ajer la jawabnya...
  7. Tak pun, hilang selera makan jika alami 'mabuk' (alahan) yang keterlaluan - membenci sesetengah makanan (usahkan pandang, bau pun tak boleh).
  8. Sukar nak melelapkan mata.
  9. Sakit kepala.
  10. Sembelit.
  11. Lelah, kesukaran bernafas atau istilah yg sering aku guna - bernafas tak puas.
  12. Keluar cairan/keputihan berlebihan dari kebiasaan.
  13. Kerap membuang air kecil - bab ni paling lotih! Menjadi makin teruk bila perut semakin membesar / bayi menghimpit tangki kencing kita.
  14. Merasa letih tak bermaya, mengantuk & panas badan (macam nak demam).
  15. Sakit & tegang pada bahagian payudara.
  16. Perubahan warna pada keliling payudara.
  17. Perubahan emosi yg agak tragis...jiwa sensitif yang amat, sikit2 punya hal pun rasa nak nanges...huhu :P ataupun yang agak parah, rasa meluat amat sgt kat suami, macam lew busuk bebeno suami tu...cian suami..harap bersabor yer... :D hehe
  18. And last but not least, naik tanda dua line lepas wat urine test! Taddaaaa...maka jawabnya....kompom lew tu :D
Sekiranya anda mengalami kesemua (atau sebahagian) dari tanda2 yg dinyatakan di atas, Tahniah...anda bakal bergelar mommy...9 bulan dari sekarang!