Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday 30 July 2010

Kisah Kek Coklat Pukul 3 Pagi

Entry sebelum ni mengisahkan hal2 yang berkaitan dengan makanan yang aku mengidam-idamkan selama tempoh kehamilan yang ku alami ini. Dalam banyak2 makanan, kek coklatlah yang paling banyak 'menimbulkan kontroversi' ;) Mana taknya, pukul 3 pagi buta aku ajak hubby aku gi cari kek coklat dengan harapan adalah kut2 cawangan Secret Recipes yang bukak 24 jam...idak ke haru namanya...? Terkebil-kebil hubby aku mencari jawapan & alasan, bila dipikir2kan balik kesian pulak kat dia, serba salah dibuatnya dalam nak melayan kerenah isterinya nan seorang ni (Haa..tu baru sowang, so toksah ngader nk tambah ramai naaa yang...hehe) Walaubagaimana pun, tragedi pukul 3 pagi tu berakhir dengan berlinangan ayer mata pilu sebab tak dapat makan kek coklat!.....(",)

Dek kerana kes pukul 3 pagi tu lew, aku dengan keazaman & semangat yang agak jitulah jugak, meng'blog walking'kan diri mencari resepi kek coklat moist yang agak2 ringkas & agak2 bersesuaian dengan bakat aku yang agak tak berapa nak berkembang dalam bidang masak-memasak. Akhirnya, akupun terjumpalah satu blog yang menayangkan resepi kek coklat yang aku idam2 kan.

Mula2 bukak blog ni, hati dah tertarik dengan gambar kek coklat tu yang berseri2 dan macam memanggil2 aku untuk masuk dalam monitor ni....aiseyman terlebey suda! huhu....gambarnya memang ngancam, senarai resepinya pulak sangat ringkas & menyihatkan! Cayakah anda resepi kek coklat ney tidak menggunakan hatta sebijik telur pun! Hah...tanpa lengahkan masa jum kita intai resepi Eggless Chocolate Cake yang aku petik salah satu dari senarai blog kegemaran aku ni - Blog Resipi

Eggless Chocolate Cake Recipe (Resepi ney aku cedok bulat2 dari Blog Resipi)
  • All Purpose Flour 1 cup
  • Baking Powder 1/2 teaspoon
  • Baking Soda 1 teaspoon
  • Unsweetened Cocoa Powder 6 tablespoons
  • Granulated Sugar 3/4 cup - Macam biasa aku akan kurangkan kepada 1/2 cawan gula
  • Vegetable oil 1/2 cup - Yang ney aku gantikan dengan minyak zaitun
  • Hot Coffee 1/4 cup (1 tsp of coffee in 1/4cup hot water) - Part ney aku guna serbuk nescafe
  • Milk 1/4 cup
  • Yogurt 1/4 cup
  • Vanilla Extract 1 teaspoon

Yield: One 8-inch or 9-inch cake.

  1. Preheat the oven to 170 C. Lightly grease an 8-inch round cake pan and dust it with cocoa powder - hasilnya, senang gle nak balikkan kek tu tak lekat langsung pada loyang
  2. In a large bowl sift together the all purpose flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and sugar. Make a well.
  3. Add all the wet ingredients one by one.
  4. With an electric mixer, beat the mixture on low speed for 2-3 minutes until the dry and wet ingredients are well combined. Do not over beat it.
  5. Pour the batter in the prepared pan. Tap the pan a couple of times so the batter is spread evenly and there are no air bubbles.
  6. Bake for about 30 min. Check the cake with tooth pick. Toothpick inserted in the middle of the cake should come clean when the cake is ready.
  7. Once out of the oven, transfer the pan to a wiring rack to cool. After about an hour remove the cake from the pan and let the cake cool completely before frosting.

Frosting Recipe :

  • Margarine/butter at room temperature 3 tablespoons
  • Powdered sugar 1 1/2 cups - Aku kurangkan sukatan kepada 1 cawan yet still manis
  • Unsweetened cocoa powder 1/4 cup
  • Milk, fat free 3-4 tablespoons

Yield: About 3/4th cup of frosting, enough for one 8-inch or 9-inch cake.

  1. In a medium size bowl add the margarine, powdered sugar and cocoa powder. Start beating with an electric mixer on low speed. At this stage it may seem to be very dry. Don’t panic. Wait until you add the milk - Aku kaco pakai tangan guna senduk kayu aje
  2. Add milk little by little and continue beating the mixture till you get a nice spreadable consistency.
  3. Now transfer the cake to a plate and start frosting it.
  4. Cool down in fridge for at least one hour (the texture of the frosting will look better after at least one hour in fridge).

Ini lah hasilnya kek yang udah siap dibikin. Bukan nak katalah, tapi rasanya memang sedap tak terkata! Cuma jangan simpan dalam peti ais la, simpan aja kat luar kalau taknak kek tu jadi keras. Kek ni kecik ajer tapi adunannya cukup untuk di makan seramai 5/6 org. Aku pun duk pulun ulang makan selama 2 hari tu. Kek tu walaupun dah semalaman, still moist, segar & basah2 macam baru dibakar & kaya dengan rasa coklat! Tapi yang spoil sikit sebab bahagian frosting tu manis sangat, so lepas ni nak kurangkan lagi sukatan gula tu. Barang2nya still ada lagi so, dalam masa terdekat ni haruslah dibikin lagi hehe...tak pun untuk raya ke....ermm gud idea!

Paling syok tengok si kecik ney makan kek coklat pueh hati...berselera sungguh dia!

Thursday 22 July 2010

Mengidam Punya Hal ;)

Mengidam? Aku pun tak pastilah ngidam ni sebenarnya sejenis 'penyakit' apa, mungkin juga psikologi, mungkin juga selera aku yang sangat memuncak semenjak hamil ni. Tapi biasanya ngidam ni disusuli rasa payau & pahit pada bahagian dalam mulut ni, bila dapat makan makanan2 yang kita idam2 kan tu baru lah mulut ni rasa sedap n best ajer...lepas tu bila dah habis makan, sambung balik rasa loya tu...Sebab tu lah agaknya wanita mengandung ni suka makan yang masam2 macam buah pelam muda tu. Bila dapat makanan yang masam2 tu hilang rasa 'tebal bibir', hilang seketika rasa payau...hilang segala rasa pahit air liur tu...

Akan tetapi, aku tak berapa percayalah kalau orang kata, jika ibu mengandung tak dapat makan apa yang diidamkan, bila lahir nanti anaknya akan meleleh air liur tak henti2. Bagi aku agak tahayul sikitlah kepercayaan ni. Dulu anak buah aku pernah juga terkena 'penyakit' meleleh air liur ni. Bila rujuk pada doktor, puncanya kerana kelenjar2 yang menyimpan air liur di bahagian dalam pipi budak tu pecah, so tak dapat menampung air liur, maka melelehlah air liur tu keluar. Kesian, sentiasa basah bahagian depan baju budak tu. Pecah kelenjar tu berpunca daripada amalan orang2 di sekeliling bayi tu yang suka sangat cubit pipi budak tu kuat2 (memang iya pun sebenarnya). Patutlah mak aku cukup pantang orang nak cubit2 pipi cucu2 dia. Jadi lepas ni kalau ada orang nak cuba2 dekat dengan anak kita, then konon2 nak puji2 anak kita comel sampai nak cubit2 pipi silalah larang & halang sesopan mungkin.

Pernah aku terdengar & terbaca di internet, simptom mengidam ni sebenarnya sekadar mitos yang direka2 oleh wanita mengandung semata2 kerana faktor psikologi & untuk mendapatkan perhatian daripada orang yang rapat dengannya? Benarkah? Itu aku tak pasti, tapi di bawah ni aku nak share kisah aku mengidam selama bergelar 'ibu mengandung' ni.


Cerita pasal mengidam ni secara peribadilah, aku takda mengidam yang pelik2. Cuma di awal mengandung dulu aku minat sgt nak makan nasi lemak! Kalau boleh tetiap hari nak nasi lemak! Ada sekali tu masa balik keja tak dapat makan nasi lemak sebab makcik yang selalu jual tu tak berniaga, leh nangis2 merajuk2 dgn mak aku (sian mak, sorry yer mak, anak mu ini memang ngader terlebey suda hik hik) demam nasi lemak ni tak lama, lebih kurang 2 minggu aja...bila dah hilang ngidam nasi lemak, sebut pasal nasi lemak pun tekak aku dah kembang. Langsung tak leh dekat dengan nasi lemak...pulak!

Hilang bab Nasi Lemak timbul pula mihun goreng! Masa breakfast & lunch kat opis pun mihun goreng, masa balik umah pun cari mihun...masa kuar mkn dgn hubby pun mihun! Time tu hidup hanya di kelilingi mihun...mihun...mihun...tukang masak kat kedai mamak Al Helmy tu pun dah hafal..baru jengah masuk jer pintu kedai, dah angguk2 faham aku akan order mihun goreng...huhu...gejala ney hinggap dalam 2/3 bulan jugak la...ntah apa yg best sgt makan mihun goreng tu pun tak tau lew....

Secret Recipes : Chocolate Indulgence

Then, dalam banyak2, yang paling menjadi2 kegilaan aku makan kek coklat, sejak awal sampai la sekarang, demam makan kek coklat tak habis2. Kalau nampak jer gambar kek coklat mesti air liur ni dah rasa cair & teringin yang amat sangat sampai naik sakit kepala ni....sampai nak tido malam pun terbayang hingga tak lena dibuatnya (Part ney Hubby aku jadi mangsa kena tahan sabar mendengar rungutan aku nak makan kek coklat pukul 3.00 pagi) Yup! memang tragis! Maka berbondong2lah kek diulang beli kat Secret Recipes tu (amboi tak nak mengalah, RM6.00 1 slice tu, rabak poketku!) Nak...nak pulak kalau Choc Moist @ Indulgence....Whooaaa..terbakar jiwa & naluri ku ini...ngancem gle...Tapi kalau agak2 dah tak larat nak ngulang ke Secret Recipes tu, kek coklat yang mamak bawak jaja petang2 naik motor satu singgit tu (yang kadang2 tengik) pun lebih kurang halal, janji dapat makan kek coklat! Parah ke tak parah tu?

Secret Recipes : Chocolate Moist

Terkini, belum lagi pulih demam ngidam kek coklat, aku duk gila ulang makan bubur nasi pulak. Haishhhh jgn cakaplah apa jenis bubur nasi sekali pun, yang kosong ke...yang berlauk ke...yang lambuk ke tak lambuk ke...semua bedal! Semua suka, Semua Sedap! Kalau berbuka puasa dapat bubur ajer pun jadi! Kalau bubur nasi semata yang putih tu dengan kicap pun kira orite! Asalkan bubur!

So far, sekarang ni dah trimester ke 3 kehamilan, hanya 4 benda tu aja lah yang aku 'gilai' & cintai atau dalam bahasa mudahnya ngidam nak makan...Agaknya lega hubby aku, aku takda ngidam yang pelik2 sangat hehe...buatnya aku ngidam nak makan belalai gajah cicah sambal...idak ke naya laki aku nak seludup masuk dalam zoo tu semelih gajah tengah2 malam! Haiiih....jangan buat hal!

Kok ada yang pelik sikit pun Ulam Kacang Bendi. Dalam sebulan dua ni, asal makan nasi jer wajib ada sayur bendi. Hari-hari mau lak tu. Bukan sikit2, tapi berbelas batang aku boleh ngap sekali adab! (Jangan tak percaya!) Mak jugaklah yang rajin melayan tekak aku yang 'mengada-ngada' ni, sampaikan mak yang mulanya geli2 tengok aku meratah bendi mentah begitu saja dah mula berjinak2 dengan ulam yang penuh khasiat tu. Yang sebenarnya bendi mentah ni banyak khasiatnya & sedap rasanya, manis & rangup. Bagi yang belum cuba mesti kata tak sedaplah, payaulah, berlendirlah...eh eh belum cuba belum tau tau....Dek kerana aku pulun sangat duk makan bendi, aku pun surfinglah untuk mengambil tahu apalah agaknya khasiat Bendi ni yer. Antaranya aku perturunkan kat bawah ney. Hopefully dapat share sebagai manfaat kita bersama...Macam selalu2 org duk sebut2 tu...Sharing Is Caring katanya hehe...

APA ITU BENDI?

Orang Utara sebut kacang lendiaq. Orang putih kata lady fingers. Juga disebut sebagai okra. Orang India sebut venddi Kai. Kalau tak silap di kalangan orang tionghua dipanggil Yeong Kok Tau. Nama saintifiknya pula ialah abelmoschus esculentus. Asal usul kononnya dari Ethiopia. Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari. Daun yang muda (pucuk tu boleh juga dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan.

KHASIAT BENDI PULAK:
  1. Membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan.
  2. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.
  3. Dapat mengurangkan masalah sukar bersalin - Owh part ney I paling suka hehe...
  4. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga.
  5. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.
  6. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.
  7. Pernah juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis.
  8. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.
  9. Ada di sesetengah tempat, bijinya digunakan sebagai menggantikan biji kopi.
  10. Khabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis dengan cara menstabil kandungan gula dalam darah!
  11. Orang2 kat barat nun pun percaya bahawa Bendi dapat membantu mencuci hati.
  12. membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua dengan cara melincinkan bahagian dalam usus besar.
  13. Ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  14. Ada juga pendapat yang mengatakan kacang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat - Itu yang aku ni happy jer kut 24jam sejak dua menjak ni huehuehue...
  15. Ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  16. Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman - Haiihh...banyaknya khasiat bendi ney!
  17. Ada lagik....juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.