Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 28 March 2011

Kelahiran Yusuf Fansuri - Part 2


Entri kali ini adalah sambungan dari episod sebelumnya ;)

18 Oktober 2010 (Bertepatan dengan tarikh due date)

Tepat pukul 12 tengah malam, nurse tutup lampu & suruh semua pesakit tidur. Aku masih lagi gelisah di katilku. Aku tengok kakak katil depan sempat makan2 sebelum tidur. Kakak katil sebelah letak kepala jer terus 'ghaib'. Kakak katil hujung port sembang senyap tak berkutik. Aku? Usahkan nak makan atau tidur, nak duduk diam pun 'seksa'. Sekejap ke tandas sekejap ke katil. Pergi ke tandas, bersihkan darah yang semakin banyak keluar, basahkan area perut ke bawah bagi melegakan rasa sakit yang menggila. Bila air membasahi perut ni sejuk sikit rasanya. Ya Tuhan sebegini sekali sakitnya nak bersalin, berikanlah kekuatan Ya Allah! Seluruh urat saraf & otot2 seakan2 ditarik2, direnjat2! Kalimat "Allah" tak henti-henti meniti di bibir, sekejap turun katil duduk menyenget atas kerusi, tak sampai seminit aku turun kerusi, panjat katil pulak. Lepas tu ulang-alik ke tandas dan rotation ni berlangsung sampai ke subuh!

Dialog Berapi
Ada satu babak tu, lebih kurang pukul 3 pagi, waktu ni aku tengah duduk bersandar atas kerusi menahan sakit. Salah seorang nurse yang rajin lalu-lalang 'sound' aku suruh tidur betul2 atas katil. Antara dialog berapi yang aku kenang sampai sekarang ni katanya...

"Awak ni, macamlah teruk benar sakitnya!"

Aku terkejut. Ha...sudah!

...Diam...

Nurse tu sambung lagi...

"Jangan duduk atas kerusi, baring atas katil, macamlah awak sorang je yang sakit nak bersalin, orang lain pun sakit jugak dik, tapi taklah teruk macam awak ni!" Katanya lagi dalam nada sinis.

'INDAHNYA BUDI BAHASA!' Memang macam ni ke budaya staf hospital melayan pesakit? Aku diam ajer. Menjawab? Tidak sama sekali, itu sangat2lah bukan aku. Banyak lagi yang 'dibahasakan' aku, cuma aku tak ingat maklumlah time tu tengah sakit, fikiran aku menerawang, tak mampu nak fokus.

Sudahnya, terkebil-kebillah mata aku menahan sakit di dalam kegelapan wad yang sekadar diterangi cahaya suram. Sayunya hati, dahlah sarat mengandung, seorang diri di sini jauh dari keluarga, dengan sakit yang amat sangat mencengkam abdomen, kelaparan, keletihan, dilayan buruk sebegitu rupa ermmm...patutlah ramai yang beranggapan serong pada perkhidmatan Hospital Kerajaan...sigh!

Ketuban Pecah
Selang beberapa jam, rutin pemeriksaan CTG & tekanan darah dibuat oleh nurse yang bertugas. Syukurlah, kali ni nurse yang bertugas lebih bertimbang rasa, lebih berbudi bahasa. Jam menunjukkan pukul 4 pagi tatkala pesakit lain nyenyak tidur, aku tengok kakak katil hujung kelam kabut bangun menuju ke bilik air. Masa lalu kat sebelah katil aku, sempat dia berbisik

"Ketuban pecah, limpah satu katil!"

Wah, nampaknya dah nak bersalin akak tu. Daripada gaya & riak akak tu, macam tak sakit sangat nampaknya. Relax ajer. Lepas tu aku perhatikan akak tu tiga pat kali ulang alik panggil nurse. Lepas tu menung2 pulak duduk atas katil.

Labour Room Penuh!
Heran gak aku, kenapa air ketuban dah pecah tapi masih lagi tidak dibawa terus ke labour room. Dalam sakit2 tu, sempat juga aku menjengok & bertanya khabar akak tu. Terkial-kial aku bangun berjalan ke katilnya yang terletak selang sebuah katil dari katil ku. Kesian sungguh aku melihat keadaannya yang tak menentu. Rupa2nya menurut akak tu labour room penuh, so nurse suruh tunggu. Tidak lama selepas tu, aku nampak suaminya datang dan lebih kurang sejam lebih selepas tu barulah muncul 2 orang nurse menolak katil kakak tu dengan tergopoh-gapah ke labour room. Aku pulak yang berdebar-debar, macam nak luruh jantung.

Antara Sakit & Malu
Pagi pun menjelma (ewahhh...!) sakit bukannya makin kurang, sebaliknya makin HEBAT! Lepas bersarapan dua sudu Nasi Dagang, sekumpulan doktor & doktor2 pelatih dalam 3-4 orang, buat pemeriksaan dari katil ke katil. Buat pertama kalinya aku rasa 'cek buka jalan' tak sakit langsung. Doktor Cina tu ramah tamah & sopan sungguh. Rasa malu toksah diceritakan lagi. Bagi yang pernah menempuhi pasti berkongsi perasaan yang sama. Waktu ni bukaan dah 4cm dan doktor tu suruh sediakan tempat dalam labour room. Wah! leganya hati toksah cerita. Doktor tu siap kata dengan doktor pelatih & nurse

"Patutnya dah bawak masuk ke dalam labour room, tengok keadaan dia sakit macam ni pun dah tau dia dekat waktu bersalin".

Tengahari
Ketika waktu berganjak ke tengahari, kulihat sebuah katil ditolak masuk ke wad aku. Di atasnya terbaring kakak katil hujung port sembang. Di kepala katil tergantung iv bag. Oic, kena operate rupanya akak ni. Ku lihat akak yang biasanya tak pernah lekang dengan senyuman itu masam mencuka. Dia terbaring lemah tak bermaya. Mukanya pucat lesi. Di ringkaskan cerita, rupa-rupanya kakak tu dah ready sangat nak bersalin & bukaan dah mencecah 10cm tapi terpaksa juga dibedah atas sebab2 yang aku tak berapa nak ingat (Mungkin takut baby lemas @ termakan najis). Ketika mataku liar tercari-cari bayi kakak tu, sebuah katil kecil ditolak masuk parking betul2 sebelah katil dia. MasyaAllah comelnya si kecil yang terbaring itu. Mulus...sucinya wajah yang sangat mirip dengan wajah ibunya. Alhamdulillah selamat semuanya.


Tasbih Nabi Allah Yunus

Dari pagi membawa ke petang, sakit yang makin memuncak ni datang bergilir semakin kerap. Suami aku datang seorang diri waktu melawat. Aku memang tak kasi bawa sesiapa. Tak sanggup aku tengok mak aku stress melihat keadaan aku menggeliang-geliut menahan sakit. Biarlah sakit ni aku tanggung seorang diri. Mulut tak berhenti-henti menyebut 'Allah'. Doa nabi Yunus tak sunyi dari bibir.

Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun:
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87

"Zuuupppppttt!!" , 4cm tak Berganjak... :(
Beberapa kali disaat kesakitan ku memuncak dengan 'jayanya' nurse yang bertugas kupanggil untuk memeriksa bukaan jalan. Tak sabar rasanya nak dipindahkan ke labour room. Lagipun doktor yang periksa aku tadi kata aku dah boleh dipindahkan ke labour room. Apa lagi yang nurse2 ni tunggu? Nurse yang dipanggil tak kunjung tiba. Setelah lama panggilan ku tak dilayan, ku tekan pula butang panggil beberapa kali...still dunno ajer....lahai...akhirnya setelah suamiku yang panggil barulah datang seorang nurse kecil molek berbangsa India menyuruh aku ke bilik pemeriksaan yang terletak jauh juga dari wad aku. Dengan sakit memuncak begini usahkan nak berjalan, nak berbaring pun seksa. Supaya tak dicop 'pesakit banyak songel' kugagahi juga kaki dengan dipimpin oleh suami ke bilik pemeriksaan tersebut. Terhegeh-hegeh ku panjat strecher yang tinggi tu dan terbaring pula di situ kan main lama. Pemeriksaan bukaan jalan kali inilah yang paling sakit kurasakan. "Zuuupppppttt!!" Nurse kecil molek tadi 'menyeluk' aku ibarat melepaskan geram. Bukaan tak berganjak walau sedikit pun, masih 4cm macam pagi tadi. Katanya, selagi bukaan tidak bertambah, maka aku belum boleh dipindahkan ke labour room. Haissshhhh....! sabar...sabar....kuatkan iman....

♥ Kasih Suami ♥
Perihal suamiku pulak...hurmmm...selama hidup berdua dengannya, tak pernah ku lihat dia sekaget itu. Semalaman dia tidak tidur. Tak henti-henti siang dan malam bersms denganku memberikan kata2 semangat & memujuk aku supaya bersabar. Masa melawat kebanyakkannya dihabiskan dengan memandang aku. Dalam diam seribu bahasa ku lihat dia berjuang sehabis-habisan 'berlagak cool' menghadapi aku yang ketika itu menggeliang-geliut menahan sakit. Sesekali dia memicit-micit kaki dan bahuku bagi mententeramkan kesakitan yang mengganas. Pandangannya waktu itu amat sayu, sedih benar kelihatannya. Mengenang kembali detik itu, terasa begitu akrab hubungan antara kami, terasa sangat bertuah menjadi isteri kepada lelaki itu. Dalam keadaan sebeginilah terlihat betapa dalamnya kasih dan begitu luasnya sayang suami...

...Bahagia...

Setibanya hampir berakhir waktu melawat, sebelum berpisah suamiku meramas tangan aku, dikucupnya dahi. Tanpa sebarang kata, seolah-olah meminta agar aku terus berjuang menahan sakit. Sedihnya saat berpisah dengannya ketika itu, dalam waktu-waktu kritis sebegini terasa perlu sangat dia berada di samping aku.

...Sedih...

....bersambung ke episod selanjutnya....lagi...? hehehe sabo jelah

No comments:

Post a Comment