Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday 10 October 2010

Memilih Hospital Bersalin

Salam Pembaca Yang Di Rahmati Allah Sekelian...

Today 10/10/10...Wahhh...takmo kuar lagi ek budak tecik dalam peyut ney...kalau kuar today bukankah cantek tarikhnya...hehe apa pun umi tak kisahlah nak, bila pun nak keluar, keluarlah asalkan anak umi ni sihat & betul2 cukup bersedia sebelum menjengah alam dunia yang penuh dengan pancaroba & tipu daya ney. Fake Contraction dah banyak kali dialami. Sakit bahagian lower back sikit2 aja. Yang paling kuat rasa senak mencucuk2 bahagian bawah abdomen. Nyucuk sana, nyucuk sini...sampai takleh tido kekadang. Melalui survey yang aku buat, rasa sakit nak bersalin ni lain, bukan rasa senak2 gitu tapi rasa sakit2 bahagian lower back, rasa macam senggugut yang sangat kuat! So far belum lagilah rasa gitu....mild-mild aja tu adalah.....Perut pun ramai yang komen kata sudah rendah...kaki pun membengkak dengan jayanya! Wawawawa...debaran semakin terasa...debaran menantikan saat2 kesakitan yang paling indah sekali dalam hidup. Kesakitan yang membawa kebahagiaan ... ;) Apa pun aduyai seksanya menanti...playing this waiting game...benarlah bahawa sesungguhnya penantian itu amatlah menyiksakan!

Kebiasaannya buat kita, perancangan menyambut kelahiran berlegar di sekitar hal2 yang melibatkan kain baju baby, botol susu, katil baby & nak susun bilik baby macamana...nak berpantang di mana, resepi dalam pantang nanti apa, nak wat kenduri menyambut kelahiran macamana.....sedangkan, banyak hal lain yang lebih penting dari itu harus juga dititik beratkan. Antaranya, perancangan proses kelahiran yang selesa, selamat & bersesuaian dengan kehendak hati kita. Ketahui apa yang mahu dan apa yang bakal berlaku. Jangan ambil mudah tentang apa yang hospital bakal lakukan pada anda dan bayi. Proses kelahiran harus dirancang dengan berhati2 kerana ianya merupakan satu moment yang sangat penting & bermakna buat diri kita, bayi yang bakal lahir dan juga ahli keluarga. Tambahan pula ia melibatkan perjuangan antara hidup & mati seorang ibu untuk melahirkan zuriatnya ke dunia. Dalam ertikata lain 'Anda berhak menentukan bagaimana anda mahu ianya berlangsung.'

Selain tempat untuk bersalin, perlu juga ditentukan bagaimana kelahiran itu nanti akan berjalan. Samada melalui pembedahan atau normal (vaginal delivery)? pengambilan ubat bius, epidural, induce atau tidak dan sebagainya. Pilihan ini harus ditentukan terutamanya jika anda merancang melahirkan bayi anda di Hospital/Klinik Bersalin Swasta kerana setiap pilihan melibatkan perbelanjaan kos yang besar. Jika di Hospital Kerajaan setiap keputusan dibuat atas budi bicara doktor pakar yang menjaga kita, dimana sekiranya keadaan benar2 memerlukan barulah satu2 langkah pencegahan atau inisiatif akan diambil. Walaubagaimanapun harus diingat sebagai pesakit, kita berhak menentukan apa saja keputusan mengenai batang tubuh diri serta bayi kita.

Pilihan utama aku, tentunya bersalin secara normal & semulajadi bebas dari drug. Teringin nak merasa kesakitan yang sama seperti emak melahirkan ku ke dunia dahulu. Ibu yang bersalin secara pembedahan ataupun menerima suntikan bius...kesannya boleh buat baby tu mengantuk. Lagi satu susu yang pertama tak boleh diberi kepada baby, kena buang....Waaahhh sangat rugi! Sedangkan susu yang pertama tu lah tinggi dengan khasiat & kaya dengan kolostrum! Bayi yang lahir tentunya terlalu kecil & fragile untuk menerima kesan dadah yang sudah pastinya buruk!

Antara lain kelebihan bersalin secara normal adalah, luka bersalin mudah dijaga & cepat sembuh & melalui pembacaan serta hasil surfing aku terjumpa info yang mengatakan kuman yang terdapat di laluan keluar bayi itew membantu menguatkan sistem daya tahan melawan penyakit bayi...(sorry kalau istilah2 perubatan yang aku guna salah, aku explain berdasarkan apa yg aku faham & sila rujuk info yang lebih tepat sebagai pengesahan) 'better lung compression dan colonization of good bacteria'. Apapun semua ni bergantung kepada kesihatan & rezeki Illahi. Sesetengah kes memang takda pilihan terpaksa juga memilih prosedur czer dalam nak menyelamatkan kedua2 nyawa....dalam erti kata lain doktor tu belajo tinggi2 susah payah kompom ler dia tau apa yang dia buat...yer tak...

Setiap suntikan & ubat-ubatan tak salah jika kita persoalkan...(but makesure tanya dengan sopan ler...) Hal2 lain yang wajib dipertimbangkan ialah pilihan kita samada selesa atau tidak sekiranya doktor lelaki menyambut kelahiran anak kita. Sekiranya tak selesa, tak salah jika minta tukarkan kepada doktor ataupun bidan perempuan. Habeh tu kalau udah takada pilihan, apakan daya...termasuk dalam kategori darurat le jadinya...sekurang2nya kita dah berusaha untuk tanya terlebih dahulu.

Alat Speculum Untuk Cek Bukaan Jalan

Errmm apa lagi yer...owh ya...! Pernah tak terdengar keluhan ibu yang bakal bersalin (terutamanya yang admit hospital awal) berkenaan vaginal atau pelvic examinations? Atau dalam bahasa mudah yang selalu kita guna 'seluk2/periksa bukaan jalan' samada guna tangan atau speculum. Errrmmm...nyilu pulak memikirkannya...menurut kengkawan yang pernah merasa, prosedur ni menyakitkan. Ada satu kes yang pernah ku dengar di mana dek kerana terlalu kerap diperiksa oleh doktor pelatih, kawasan 'situ' membengkak & terpaksa dibedah kerana terlalu sakit untuk melahirkan secara normal...Waaaahhh...ngeri....ngeri! Cek2 juga...tapi kalau dah kerap sangat kena cek sehinggakan selang beberapa minit kena seluk untuk cek bukaan...lebam Wwwooo.... Penting buat anda untuk mengetahui hak privasi anda dan anda berhak mengatakan 'Tidak' jika mendapati diri anda udah menjadi ibarat bahan uji kaji makmal. Apapun harus diingat, pemeriksaan ni penting untuk mengetahui dah berapa cm bukaan. Bagi org asia, kalau dah buka 8cm tu kira dah boleh bersalin la.

Bakal ibu juga harus memahami tanda2 bersalin hat mana satu tipu punya (Braxton Hicks contractions) dan yang mana satu betoi punya. Cara nak meneran dengan betul, pernafasan...persediaan sebelum masuk ke dalam labour room...biasanya kalau bab cara meneran tu aku rajin tanya kat mak...dan pesan mak satu jer....jgn angkat punggung kalau tak mau kena jahit banyak. Part ni kena bawak bincang dengan doktor atau bidan yang bakal menyambut kelahiran anak anda, kaedah untuk batasi koyakan semasa bersalin. Bila dipikir2 kan balik, betapa bidan kampung dulu handal sungguh ya! Takder pulak yang koyak2 ni....takda pulak main jahit2 ni. Agaknya diorang well train & banyak skill sambut budak kut. Ada tu yang aku dengar, bidan dulu guna minyak & kaedah urut kulit dalam vagina supaya kenyal n lembut bagi mengelakkan koyakkan.

Cerita aku pulak, memandangkan aku merancang nak bersalin di Hospital Ampang, awal2 lagi aku dah pergi survey keadaan hospital tu. Alhamdulillah, semuanya memuaskan hati...cantik & selesa. Rupa2nya, tak perlu mendaftar terlebih dahulu...menurut kata nurse kat situ, bila sakit jer terus bawak kad merah & direct ke wad bersalin. Wad yang aku tinjau tempoh hari merupakan wad kelas 3. Cantik betul mengalahkan swasta pulak. Setiap 4 buah katil di peruntukkan sebuah bilik air. Cadar katil & uniform nursenya kaler pink you...my peberet kaler...(ini fakta gewdik hehe...) Security pun okay...pelawat yang keluar masuk kena lapor diri dengan mengisi buku pelawat. Di setiap tingkat ada guard yang mengawal. Untuk duduk di kelas 2, duit booking sebanyak RM300 diperlukan (duit ni akan dipulangkan semula jika kos rawatan tidak melebihi jumlah bayaran tersebut). Aku mendapat rekemen yang positif tentang Hospital Ampang ni dari ramai pihak. Bila surfing pun so far belum jumpa lagi komen yang negatif. Menurut jiran aku tu, doktor yang menyambut kelahiran di situ sedapat boleh akan cuba membataskan koyakan vagina semasa delivery....Whaowie! Best kan?


Episiotomy : Source

Tiba2 semalam bila berbual2 dengan kenalan mak aku, tercetus cadangan dari dia mengenai sebuah lagi hospital kerajaan yang jaraknya hanyalah 5 minit sahaja jika driving dari rumah aku. Hospital tersebut baru aja dibina di Wangsa Maju Seksyen 2. Address: Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia Poskod : 53300 Kuala Lumpur. Tak ramai lagi yang tau mengenai Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan ni. So...aku dengan pantas terus pegi tinjau hospital berkenaan.

Antara persoalan yang bermain di fikiran aku, betul ke hospital berkenaan terbuka kepada orang awam ataupun terima keluarga tentera sahaja? Yang kedua...adakah benar hospital ini sama macam hospital kerajaan yang lain2...? Memandangkan aku pergi semalam hari sabtu, so tak dapat lah nak naik atas tanya macam2. Itu pun mujur guard tentera tu kasi kami masuk tinjau kawasan luar hospital tu. Luas sungguh! Parkingnya punyalah banyak....

Kebetulan esok (isnin) aku ada appointment dengan Klinik Kesihatan Ibu & Anak (mungkinkah ini appt yang terakhir? hehe..) So plannya, lepas settle urusan di KK aku akan terus gi survey Hospital Tentera Tuanku Mizan tu. Bagi aku, walaupun kita nak stay kat hospital cuma beberapa hari...pemilihan hospital memainkan peranan yang paling penting. Antara ciri2 hospital yang menjadi pilihan untuk kita jadikan sebagai tempat pertama yang menyambut kelahiran istimewa bayi kita termasuklah :

1. Jaraknya Dengan Rumah - Lagi dekat lagi bagus...bayangkan kalau jauh..lepas tu jammed pulak? ha..beranak dalam keta lew jawabnya!

2. Kualiti Servis - Yang ni kekadang nasib atau rezeki buat seseorang. Apapun kenalah rajin bertanya dan survey tentang servis hospital yang jadi pilihan kita.

3. Kos - Part ni kenalah ukur baju di badan sendiri. Secara peribadi bersalin di hospital kerajaan menjadi pilihan utama aku. Sebabnya ada 2....kos bersalin di hospital kerajaan lebih rendah berbanding swasta & servisnya pada masa kini lebih baik berbanding dulu...apapun tak kenal maka tak cinta, cuba sendiri lebih baik dari mendengar pandangan streotype orang lain terhadap hospital kerajaan yang lumrahnya negatif.

Semasa survey hospital yang menjadi pilihan kita (tak kiralah kerajaan ataupun swasta) ambil kira butiran mengenai kos bersalin normal, czer, jika anak ditahan kerana jaundis berapa pula charge untuk satu malam, duit booking, prosedur pembayaran & sebagainya.

4. Prosedur - Masa survey juga penting bagi kita ambil tau samada suami atau ibu boleh teman atau tidak kita semasa dalam wad. Ada sesetengah hospital (contohnya Hospital Ampang) hanya membenarkan suami atau ibu serta pelawat lain datang pada waktu melawat sahaja. Yang kedua, jangan lupa tanyakan sekali samada suami boleh masuk atau tidak dalam labour room semasa isteri bersalin. Ada sesetengah hospital kerajaan membenarkan suami masuk hatta untuk prosedur czer (Contohnya Hospital HUKM).

Penting bagi aku berada di samping suami semasa di dalam labour room. Mudah-mudahan kehadirannya di sisi dapat membantu memberikan kekuatan dan doanya membantu mempermudahkan proses kelahiran anak kami. Tambahan lagi....manalah tau, berkat suami lihat sendiri dengan mata kepalanya perjuangan seorang isteri menggadai nyawa demi melahirkan zuriatnya ke dunia, si suami akan lebih menghargai isterinya....Amin Ya Rabb....mudah-mudahan.

Nota Kaki : Penulis tak ada latar belakang dalam bidang perubatan langsung. Setiap butiran dalam entry dipetik dari perbualan, hasil surfing & juga pendapat sendiri. Jangan pulak nanti entri2 ni dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sekadar perkongsian pengalaman...itu saja.

Sekian.