Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday 30 September 2010

Tangisan Seorang Isteri

Melankolia
N3 tanpa gambar kali ini, sesuai dengan mood melankolia yang selalu sangat bertandang tatkala sarat mengandung tika ini. Ujian demi ujian dalam pelbagai bentuk hari2 meng 'attack' dengan kijamnya tanpa belas kesian ;) Kini sedang berperang dengan situasi di mana emosi, fizikal & fikiran sama saja sakitnya. Segala jenis macam letusan emosi sedih-marah-takut-excited bercampur-baur menjadi satu.
Sian anakku di dalam perut ni, sama2 kita berkongsi rasa yer nak...sejak umi mula kandungkan dia sering saja dilanda gangguan emosi...mudah-mudahan anak umi ni kuat & lahir dalam keadaan sihat walafiatlah hendaknya...Amin Ya Rabb... :D

Kelahiran Yang Dinanti
Usia kandungan ini sudah 37 weeks lebih, dada ni dah dub dab dub dab excited bercampur takut menanti kedatangan 'tetamu' kecil yang sangat istimewa. Setiap tanda diawasi, setiap persediaan diperiksa berulang kali. Sejak sebulan dua ini tidur & makan dah mula tak seenak dulu, pinggang dah mula kejang & sengal, ari2 berdenyut2 sakit mencucuk. Sesekali kuat, sesekali perlahan...owh mungkinkah? :D Hebat sungguh pengorbanan seorang ibu, insaf mengenang kembali betapa dasyatnya dugaan yang harus ditempuh oleh setiap ibu selama tempoh kehamilan, itu belum ambil kira sakit masa melahirkan, tak tido malam selepas melahirkan. Semua ni sebahagiannya telah aku alami manakala selebihnya akan aku tempuhi tidak berapa lama saja lagi...waiting...waiting...waiting... :D


Tahniah
Semua kawan2 yang berkongsi rasa & pengalaman tentang kehamilan sepanjang ramadhan yang lalu sudahpun selamat melahirkan bayi mereka. Sepanjang seminggu dua ini di status facebook dilimpahi dengan msg2 tahniah, gambar2 newborn baby yang mulus & comel. Jelesnya rasa melihat cahaya kebahagiaan di mata ibu & bapa menimang bayi di dalam pelukan mereka. Sememangnya semua bayi yang baru lahir sama saja comelnya...innocent, lemah & ISTIMEWA.


Saat ini kekejangan di perut semakin kuat, tendangan hikmat dari dalam semakin kerap...rasa macam ada 'gempa bumi mini' kat dalam perut ni. Agak2nya bila darling kecil ku ini ready nak kuar jumpa umi dia ni ye ...

Sajak Yang Indah
Terserempak dengan sajak yang sungguh indah dan bermakna ini di dalam inbox. Pengarangnya mesti seorang isteri yang mengalami perasaan yang sama dengan apa yang sedang aku alami saat ini...wahhh... jiwang ye...well time 2 show my true color...hehe!!!


Untuk si suami, dari satu sudut yang sangat jauh di dalam lubuk hati si isteri...

Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Di balik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHAN’nya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…