Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday 4 September 2010

Persediaan Kelahiran Bayi Ku

Antara topik kegemaran tatkala surfing selama mengandung ni adalah barang keperluan bayi. Alahai sunggoh shomel & 'terangsang" (haha...) bila tengok botol susu yang kecik2 shomei tu then baju yang tiut miut lengkap dengan topinya...bootiesnya...mittensnya rasa macam nak beli semua (haa...beli semua??? besau mata laki aku!) ...huhu!

My favorite out of the bunch...cute tak? ;)

Berdasarkan pengalaman peribadi & juga tip2 yang dibaca dari blog2, tatkala memasuki kedai barangan bayi di shopping complex, adalah lebih baik masuk sorang2, takyah ajak hubby, sebab kalau ajak hubby rasa macam kena ekor dengan FBI ajer. Apa saja yang kita capai atau belek atauuuu.... dibeli mesti diaudit. Lepas tu cepat2 nak ajak balik...huwaaaa potong stim...! Tak best betol! Baru nak berangan sambil menikmati keindahan barang2 baby yang shomel2 & cun2 dah kena jeling warning yang seolah2 berkata "udah2 lew tu yang, bawak2 mengucap!".... :D

Hat Ney Pilihan Si Suami

Apapun, sejak awal2 mengandung lagi aku dah mula beransur2 beli baju baby sedikit demi sedikit...bermula dengan 2 pasang baju & sebiji botol saiz sedang, sehinggalah lengkap semuanya serba-serbi sampai dah tak larat nak panjat tangga SOGO! Almari isi baju baby pun aku beli ngko...! Very the over huhu...Sajalah kan beli awal2, boleh merancang membeli dengan murah waktu SALE, then sempat nak pikir apa yang perlu dan yang tak perlu dibeli (lebih kurang ginilah dialog aku guna tiap kali ngendeng ajak hubby pegi shopping barang baby Heee...:D) Lagipun, kalau tak merancang awal, then semuanya hendak dihangkut barulah rabak poketku. Selain tu, banyak juga yang direcycle hasil dari sumbangan kakak2 ipar ku...timo kasih kepada pihak penaja...jasamu dikenang heeee... :D Lagipun macam sekarang ni dah hujung2 pregnancy memang jalan jauh sikit dah lenguh pinggang & sakit kaki...so macamana nak marathon menjelajah kedai baby tiga pat tingkat!

Kalau ikutkan listing aku ni, peralatan Breestfeeding menduduki carta pertama juga merupakan keperluan yang terpenting sekali berbanding yang lain2, tetapi merupakan item yg paling akhir aku beli, almaklum ler mahai bebeno kan, so kena survey habis2. Setelah diselidiki baik & buruk serta mengambil kira pendapat ramai, maka aku pun buat keputusan untuk menyambar mesin perah (...sedut?) susu Spectra 3 yang sangat ngetop itew! Kebetulan masa beli set ni kedai yang menjualnya baru dibuka & sedang buat promosi. So far memang paling murahlah berdasarkan apa yang aku survey dalam pasaran. Then siap dapat free gift lagi. Memang berbaloi-baloi & saya sangat sukalah! Heee... :D

Bila dah beli set ni rasa hilang beban. Memang dah set dalam mind nak fully breastfeeding baby & diharap alat ini dapat membantu melancarkan niat suci murniku itu. Selain untuk tujuan kesihatan & kebaikan jangka masa panjang buat anakku itu, breastfeeding juga dapat membantu meringankan beban ekonomi. Satu tin susu dah berapa..belum amik kira disposable diapers lagi...antor nursery, sakit demam lagi...haishhh! Banyak guna duit semua tu! Satu hari nanti mesti hubby akan berterima kasih di atas kepintaran isterinya ini (cheewaahh...) Buat masa sekarang ni dia macam pening2 lagi persoal nak buat apa beli breast pump ni..bukan penting sangat pun...mahal...dan lain2 lagi :( OK, takper akan ku buktikan padanya!

Adeh! Banyaknya aku membebel Heeee... :D Tanpa membuang masa, jum aku share list barangan yang telah dibeli, manalah tau boleh dijadikan manfaat serta panduan buat mereka 2 yang masih terfikir2 apa yang nak dibeli kan... :D

1. Breastfeeding


- BreastPump Set Spectra 3 + Extra pump untuk memudahkan pump dua2 belah sekaligus

- Nursing Bra - 3 Helai cukup kut (1 lai diberi percuma dgn pakej spectra 3, 2 lagi aku beli asing yang murah punya rm10 selai huhu...:D)

- Bottle Storage (8 Bijik) - Ni termasuk Set

- Plastik isi stok susu yang boleh sealed tu - Free Gift

- Beg untuk simpan bekalan susu kalau travelling (Moms Precious Cooler kit)

- Gel untuk mengekalkan suhu susu (Iced Pack) - 3 pack

- Washable Breastpad - Sepasang cuma, ntah lah cukup ke idak...

- Berus cuci botol - tak beli, tau2 terjumpa dalam laci elok jer berbungkus lum guna ;)

- Botol Kaca 1, Botol Plastik 1 - Both saiz sederhana & akan digunakan hanya setelah anak berusia lebih 50 hari. Aku tidak bercadang nak beli banyak botol susu ni, nak gunakan hanya bila perlu sahaja. Begitu juga dengan susu formula, memang tak plan nak beli langsung kerana dah set nak full breastfeeding sehingga umur anak 2 tahun & sekiranya invironment kerja mengizinkan biarlah anakku nanti berpeluang direct BF tanpa botol2 bagai....Wahhh...tinggi cita2 ku itew...Insyaallah...(Mudah-mudahan berjaya...Amin Ya Rabb)

2. Cloth Diapers


So Shomel kan? Cloth diapers ni datang dalam bentuk berwarna-warni & kalernya yang attractive amat membuatkan hati saya sgt sukalah! Heeee...... :D Buat permulaan nak try 7 keping dulu pelbagai jenis & brand. Then, time by time akan upgrade hingga cukup 15-20 keping CD. Setiap satu keping CD disertakan sekali dengan dua helai insert. Aku berCD & berBF adalah kerana kebaikan cloth diaper & breast milk, tetapi sebab paling utama, aku cuba mengurangkan keburukan & risiko bahan kimia dalam disposable diaper & susu formula. Akan datang nanti aku akan buat satu entry khusus untuk menceritakan tentang manfaat serta bagaimana aku boleh tergerak hati untuk fully breastfeeding & menggunakan cloth diapers utk bayiku nanti insyaallah. Moral of the storynya, aku berazam cuba membesarkan anakku dengan bahan kimia yang minima....mudah-mudahan Tuhan membantu aku dalam usaha ini....amin Ya Rabb.

3. Pakaian & Alat Mandian Serta Perubatan Untuk Bayi


- Baju baby - Sebahagiannya size new born, sebahagian lagi size 3 bulan ke atas - Pilihan warna mostly putihlah sebab nampak suci murni & berseri jer dgn kulit bayi, lagi satu kalau ada semut ke habuk ke senang nampak

- Mitten & Booties, Hat, lampin 10 keping - ni pun kira dah terlebih beli, 5 keping pun cukup sebab nak guna cuma untuk lapik, lap2 & selimutkan dia saja

- Selimut baby 2 helai - Selai beli, selai mak jahitkan, towel besar 2 lai, towel (saputangan) kecik 4/5 lai


- Alat mandian - Baby bath, Shampoo & Lotion Cream size paling kecik untuk trial, mana tau tak sesuai ka dengan kulit bayi (bedak tak perlu sebab tak elok utk bb) - Set ni pun aku beli yang plain sahaja warna putih tanpa bauan atau wangian. Kulit baby terlalu sensitif untuk sebarang bahan kimia dalam bentuk wangian atau bahan pewarna

- Ketip kuku bayi, putik kapas, bebola kapas, sikat, tisu basah

- Minyak baby & Vicks (Guna bila perlu saja)

- Drypers Mamipoko newborn satu dozen - Untuk kegunaan masa kat spital nanti. Sepatutnya kena guna Cloth Diapers untuk mengelak ruam & kesan bahan kimia yang terdapat pada disposable diapers, sepatutnya juga penggunaan CD harus bermula sejak hari pertama bayi dilahirkan ke dunia kerana baby ku ini terlalu kecil untuk pendedahan bahan kimia samada formula milk mahupun disposable diaper, namun..tetap jua ku standbykan 'MamiPoko PapaPokai' ni sebab, manalah tau nurse tu tak koser ke nak melayan pakaikan anak aku CD2 ney, lagi satu biar lew aku dah betol2 sihat nak menyental CD tu nanti, barulah aku mula berCD :(

4. Additional Stuff

- Barang2 lain termasuklah hanger kecik, ampai kecik yang ada kepit2 tu...senang nak gantung baju baby, cloth diaper & sarung tangan, stoking bagai yang shomel2 itew...Heee.. :D

- Buaian aku guna yg lama punya - recycle balik


- Katil bayi ni aku recycle balik katil bayi yang mak aku beli sewaktu kelahiran abang aku yang sulung, then aku lak pakai masa baby sehinggalah umur 5/6 tahun! (sampai runtuhlah katil tu dek kerana tak daya menampung berat badanku yang agak nauzubillah ketika itu) ;) then diperbaiki & dicat (pink color you) untuk kegunaan anak2 buah aku....dan kini di cat semula (dengan penuh kegigihan & keazaman hehe..) dengan warna putih oleh suamiku... diperbaiki & diperbaharui semua engsel dan selak untuk kegunaan anak kami yang bakal lahir. Bukanlah bermakna kami ni kedekut takmo beli katil baru, cuma sekurang2nya biarlah nostalgia katil tu kekal diingati selagi katil tu belum musnah di telan hari.

- Udah ada katil mesti ada tilamnya, bantalnya, bantal peluknya...semua ni mak aku buat sendiri (terel mak aku tu, semua nak dibuatnya sendiri, baru pueh hati katanya)

- Tilam Bantal, sarung bantal, cadar bayi...selain untuk set katil bayi, aku sediakan juga set tido bayi untuk di letakkan di atas lantai (atas lantai?...buruk benor lah bunyinya)....so, semua sekali ada 2 set lah...as ussual mestilah warna putih jadi pilihan hati ku yang suci lagi murni ini (EEEuuwww...) :P

- Kelambu & jugak yang tutup tepi katil tu (apakah nama saintifiknya aku lupa) supaya bayi tak terantuk pada kayu katil turut disediakan

- Besen mandi bayi aku guna besen kecik yang orang guna wat basuh sayur tu aja, ala baby kecik lagi...besau2 pun takdak pekdahnya...buat lambat nak tadah air jer huhu.....yang besar tu sedia ada (recycle) simpan dulu guna time baby dah besar sok

- Errmmm apa lagi yer....Owh yer....almari khas untuk simpan pakaian & barang2 baby...aku beli kat IKEA time tu tgh offer, so sangatlah murah n shantek giler....

- Barut bayi aku tak sediakan kerana ada kajian mengatakan pertumbuhan bayi boleh terbantut dengan penggunaan barut...selain itu barut menganggu penghadaman bayi & tiada hasil kajian tertentu yang melaporkan bayi kembung perut kerana angin masuk melalui kepala atau perut bayi...sebaliknya ianya adalah efek ke ‘belum matang’ an sistem penghadaman bayi anda. Bukanlah bermakna aku menentang amalan tradisi Masyarakat Melayu berkenaan amalan berbarut...cuma sebaik boleh aku cuba memberikan yang terbaik untuk bayi ku ini berdasarkan gerak hati & ilmuku yang sangat cetek ini....ini pandangan peribadiku sahaja....wallahuaklam...

5. Barang Persediaan Untuk Ibu (Aku ler tu)


- Adult Diaper - jangan gelak & heran ngko, aku rasa lebih senang & selesa kalau aku guna benda ney b coz tak bocor....memudahkan kerja masa kat spital nanti, kalau guna yg kotex pink tu bertali susah nak pakai (aku tak reti) & tak dapat menampung jumlah pengeluaran yang banyak

- Maternity pad yg biasa satu dozen (Jenama Madame macam dalam gambo di atas tu)

- Kain batik aku jahit beberapa lai, nak guna dalam pantang nanti (Kebetulan aku ni jenis yang tak berkain batik, so time nak beranak ni la baru insaf nak mencari & belajar pakai kain batik) Heee... :D

- Jamu utk kegunaan luar aku guna yg murah (aku tak guna jamu makan, takut baby alergic ke apa, lagipun panas utk bb yg menyusu badan kita)


- ECPI GTH & Kapsul Habatus Sauda - sebagai ganti jamu makan, leh tambah susu badan n kecutkan ntah apa sajalah yang boleh kecut :D

- Nursing bra aku beli 2/3 lai

- Barut perut - Kebetulan mak aku memang buat dah jual barut ni...material kain belacu & talinya guna konsep ikatan tali kasut....boleh order yer jika berminat.... :D (mak leh wat barut ni customize, meaning leh tempah ikut size badan seseorang)

- Stoking 2 pasang pakai masa dalam pantang, selain tu sediakanlah sweater yang tebal2 untuk dipakai selama dalam pantang. "Usahlah berangan nak duduk sedap2 dalam sejuk air cond bagai & kena pastikan badan sentiasa dalam keadaan berpeluh & berpaneh" lebih kurang gitulah ayat yang aku petik dari mulut emak ku..... :( patutlah aku selalu terbaca kawan2 aku kat facebook merintih di status menghitung hari mengharapkan tempoh berpantang 44 hari cepat berlalu! hehe... :D

So far itu jer yg otak aku mampu proses & ingat buat masa nih. Kalau adapun benda yang aku belum beli & aku sungguh2 memendam hasrat nak pegi beli ialah merupakan alat bantu mengajar bermula dari peringkat bayi iaitu 1. Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda baris & 2. Set Buku dan VCD al Furqan. Mungkin ada yang blur & rasa macam mengarut jer idea aku ni kan. Ader ke pulak baby baru lahir nak diajar mengenal huruf....owh very the over...!

Tapi secara peribadi aku menganggap tiada apa yang mustahil dalam dunia ni, lagipun bukan ke selalu kita dengar orang kata pembelajaran seorang bayi tu bermula sejak dalam perut lagi? Kalau tak, idak ler orang mainkan lagu, ayat al quran & bercakap2 dengan bayi dalam perut...tak gitu? Tambahan pula berdasarkan pembacaan & hasil surfing aku, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa! Anak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini....wallahuaklam...mungkin bila tiba masanya nanti akan ku sediakan satu entry khusus untuk topic ini....insyaallah...

Kalau ada yg terlebih terkurang tu silalah maafkan. Semoga list ini dijadikan panduan utk check list aja. Sila sesuaikan dengan nilai & kepercayaan anda sendiri. Kita sama2 nak yang terbaik untuk diri & anak kita. Lagi pula, lain org lain budget dan keperluannya. Aku ni kira beli yg paling basic & apa yang aku rasa perlu jer. Mcm stroller ke baby carrier ke, yg enjut2 tu ker or car seater ker aku hold dulu tak mo beli sebab benda tu lambat lagi nak guna & mahal gak. Bila tiba masanya n aku rasakan perlu baru lah aku beli.... :D

Akhir kata ingin aku kongsikan mutiara kata yang bagiku sangat indah & besar maknanya buat kita sebagai ibu bapa mahupun yang bakal bergelar ibu bapa :

Betul lah kata hukama... "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".


Assallamualaikum...