Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 30 October 2012

Fansuriku....2 Tahun Yang Manis

18 Oktober 2012, Genap usia Yusuf 2 tahun. Harijadi kali ini kami sambut 3 beranak tak semeriah sambutan harijadi Yusuf yg pertama dahulu,tak wat jamuan tapi lagi seronok sebab Umi & Abah Yusuf dah jadi sebaya Yusuf melayan kerenah & kehendak anak kami yang sorang ni sepanjang hari... kasi peluang pada Birthday Boy. Yusuf dah pandai mintak kek, so bertiga beranak menghabiskan masa kat Wangsa Walk makan sepotong kek dan berkejar satu shopping mall melayankan Yusuf yang meronta-ronta nak serbu rak jualan tiap kali nampak kereta mainan hehehe....


Bila Yusuf dah 2 tahun ni ramai yang mula bertanya "Tak nak tambah adik ke"? jawab dengan senyum ajerlah. Mendidik anak ni bolehlah aku katakan satu urusan yang paling mencabar. Perlu kepada komitmen yang penuh 100% tak da diskaun! Yusuf seorang anak yang aktif. Semua skill dalam diri ni aku pertaruhkan demi anak yang seorang ni. Perjuangan yang paling besar nak suruh dia makan. Cabaran kedua, nak suruh tido, payaaaaahhhh sangat.Yusuf ni mudah jemu. Selera dia berubah-rubah dalam masa yang sekejap. Dari masa ke semasa aku sebagai ibunya kena peka apa yang dia inginkan. Tapi syukur alhamdulillah di sebalik kesukaran Yusuf dalam memilih makanan, dia gemar makan sayur & buah! 

Lately sejak aku terjebak dengan perniagaan kait-mengait ni selalu siapkan kerja sampai lewat malam. Yusuf secara tak langsung ikut sama tidur lewat. Kekadang sampai pukul 5 pagi baru nak tido! Bangun awal macam biasa jugak. So lately aku tutup lampu awal, dia dah tidur baru bukak lampu balik & sambung job. "Klik!" lampu terbukak...mata Yusuf macam spotlight terbukak sama....uisssshhhhyooo! urut dada tahan sabar. Dia sensitif. Dah tidur tak leh ada bunyi sikit pun. Susah kalau berjalan rumah orang. Orang akan kata anak aku ni mengada. Pernah sampai kat cuping telinga aku ni "Kalau gitu baik duk dalam hutan!" huahuahua sabar sabar... 

Makan dan tidur dua keperluan asasi manusia. Boleh dikatakan dua keperluan dalam memelihara anak. Memelihara, belum masuk bab mendidik. Mendidik lebih penting dan mencabar. Memenuhi keperluan anak semasa kecil lebih kepada keperluan zahir. Bilamana dewasa kehendak anak semakin bertambah & makin rumit. Harus memenuhi kehendak hati dan memahami naluri, Tapi yerlah kan, apalah erti hidup kalau takda thrill.... Bak kata pepatah "No pain, no gain".




Anak...kau mewarnai kehidupan dan kau menghidupkan kebahagiaanku....