Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday 19 November 2010

Meniti Hari Bergelar Umi


Iya...aku sudah selamat bersalin (dah hampir 2 bulan pun) say good bye to pantang 44 hari...hehe. Lama betul tak update blog. Sibuk sungguh melayan si kecil. '25 jam' masa digunakan untuk dia, tak sempat untuk wat perkara2 lain. Kalaupun aku tak salin lampin or bagi susu, aku akan riba dia or renung muka dia time dia tidur...HEAVEN!

Kini, berakhir sudah segala debaran dan terjawab sudah segala pertanyaan. Detik & waktu yang selama ini banyak dihabiskan di depan comp kini terisi dengan melayan sikecil Yusuf. Owh yer...kami namakan bayi kami Yusuf Fansuri. Yusuf diambil sempena nama Nabi Yusuf a.s. & Fansuri sempena nama Ulama Sufi Nusantara, Sheikh Hamzah Al-Fansuri...dengan harapan setinggi gunung mudah-mudahan bayi kami ini menjadi istimewa persis Nabi Yusuf & setabah Hamzah Fansuri...amin Ya Allah...amin...

Punyalah banyak cerita yang hendak aku ceritakan mengenai pengalaman melahirkan Yusuf ke dunia. Sampai sekarang ni, kalau dikenang-kenangkan semula malam pertama aku tidur di samping Yusuf selepas bersabung nyawa melahirkannya petang itu....amatlah HAPPY sekali. Macam selalu aku kasitau kat mak...."Syok mak lepas bersalin, rasa macam hari raya!" Malam tu, walaupun tubuh ni letihnya Tuhan sajalah yang tau, dek kerana terover ecxited, maka aku tak dapat tidur. Dalam rembang2 cahaya bilik wad bersalin 24 itu, aku tersengih melihat sekujur wajah bayi yang terlena dalam katilnya. "Cantik sungguh anak aku ni"....bisik hati. Keajaiban & rahmat Allat S.W.T menyelubungi setiap salur darah time tu. Ya Allah, magicnya penciptaan bayi ke dunia ini. Lahir2 aja lengkap semua anggota, dengan bulu matanya, air liurnya, jari jemarinya yang kecil & comel......Haaiihhh SUBAHANALLAH! Di kesempatan akan datang akan ku ceritakan detik demi detik istimewa kelahiran Yusuf ke dunia.

Sebagai ibu yang pertama kali melahirkan anak, setiap hari aku sentiasa belajar perkara baru dan cuba teka siapa yang menjadi gurunya?...sudah tentulah Yusuf sikecil ku itu. Tiada guru sebaik dia dan ilmu yang ku dapat melalui waktu2 yang terisi melayani keperluannya jauh lebih berkesan berbanding mana2 tips yang pernah ku baca dari internet mahupun majalah keibubapaan....inilah namanya belajar melalui pengalaman......Mujur juga ada mak & kakak2 ipar yang banyak sangat membantu.

Basicnya, bayi newborn memerlukan 3 perkara terpenting supaya dia tidak meragam atau menangis...lampin/pakaian/badan yang bersih dan selesa... menyusu (susu ibu tentunya) yang mencukupi & tidur yang lena. Sekiranya ketiga2 keperluan ini dipenuhi, maka insyaAllah...tiada yang sukar dalam meniti hari bergelar seorang ibu dalam membesarkan anaknya. Bayi ni unik, dia sendiri tau secara automatik berapa banyak susu yang diperlukan agar dia kenyang. Bila kita kasi susu badan, dia akan berhenti dengan sendiri bila dah kenyang dan dengan sendiri juga akan merengek minta disusukan tiap kali dia lapar. Kita yang dah tua renta ni pun kekadang tu tak reti2 nak stop menyuap makan bila dah kenyang :D huhuhu....

Bercerita tentang tidur yang lena...sudah lama kiranya aku tak merasa kesedapan tidur waktu malam sepertimana zaman belum ada anak dulu...kadang2 tak tidur dengan sempurna sampai seminggu direct! Udah macam zombie & mata pun dah macam burung hantu....Owh YA! Mana taknya, jadual tidur bayi tidak menentu. Di peringkat umur begini bayi masih belum dapat membezakan aktiviti malam & siangnya.

Cabaran bergelar seorang ibu rupa2nya jauh lebih mencabar daripada apa yang aku bayangkan sebelumnya. Semakin hari cabaran ni semakin menduga akal, malah kewarasan! Semasa mengandung, rasa dah teruk habis bila tiba time muntah2 mabuk2....bila dekat nak bersalin, rasa ngeri mengenangkan sakit nak bersalin dengan contractionnya...dan bila dah bersalin rasa disaster habis idup ni time anak kena tahan NICU kerana jaundice....selesai bab bersalin, tiba pulak waktu getir dalam pantang...(walhal aku ni bukanlah pengikut pantang tegar)... :D tetap terasa seksanya sakit sana sini, bengkak situ sanun dengan kekoknya takda pengalaman jaga baby...dengan tak retinya menyusukan Yusuf....sekarang dah habis pantang, berperang pula dengan waktu tido yang tak pernah cukup melayan baby...Phheewww!

Di sebalik semua kepayahan ini mujur ku temui pengubatnya yang cuma satu....iaitu sekujur wajah lembut Yusuf. Melihat wajah comel, melihat dia cergas & sihat, cukup untuk membuatkan aku rasa teringin mengandung lagi! (Hoyeaahh...!) Memetik kata2 emak sebelum aku bersalin ari tuh : "kalaulah bersalin tu sakit terlampau, idak ler sesetengah orang tu beranak sampai berpuluh kali" huhuhu..... sadis statement mak tu.....

Lastly, untuk segmen "Sharing Is Caring" aku nak share tip2 yang aku amalkan dalam usaha mengatasi & merawat jaundice anak ku tempoh hari.

TIP MENGELAK & MERAWAT JAUNDICE / SAKIT KUNING PERINGKAT BAYI

1. Air glukos tanpa perisa, hat plain tu. Glukos ni aku ambil 3 kali sehari, sejak kandungan 8 bulan lagi, sehinggalah Yusuf lahir. 2 sudu besar di campur dengan sedikit air. Tip ni aku dapat dari fesbuk.

2. Susu kambing. Mujurlah aku ni jenis yang memang suka minum susu kambing. Bagilah berapa botol pun memang aku leh kasi settle. Sedap! Lemak berkrim. Ini pun aku amal sejak kandungan 8 bulan. 2 botol sehari. Amalan ni berterusan sehinggalah Yusuf lahir & jaundicenya hilang.

3. PALING PENTING! Susukan bayi dengan susu badan terutamanya susu awal ibu yang kaler kuning2 tu...ha paling baik, paling berkesan memulihkan jaundice baby. Secara tak langsung fungsi air glukos & susu kambing mengalir kepada bayi melalui penyusuan ibu.

4. Jangan mengambil jamu @ herba yang panas.

Itu dulu kut buat masa ni....nak gi ngadap Yusuf Fansuri pulak.....ta-ta...!