Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 5 October 2010

Persediaan ke Hospital Untuk Bersalin

Salam Pembaca Budiman....

Sejak Ramadhan yang lalu, ketika itu kandungan baru 34 weeks, persediaan untuk ke hospital sudah tersedia. Walaupun pada ketika itu due date lagi 6 minggu, namun...kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan....tak gitu? Manalah tau, baby dalam peyut ney nak kuar cepat ke...emergency case ke...terus capai beg & 'terbang' ke spital! In fact, masa balik beraya ke kampung suami di Kedah, segala2nya ku bawa...termasuklah beg aku & baby yang nak di bawa ke spital...dan PALING PENTING kad merah!

Selama berblog ini (yang tak berapa lama pun sebenarnya) :P antara topic kegemaran yang sering terlintas di benak fikiranku untuk dikongsi dengan pembaca adalah merupakan persoalan yang aku sendiri suka tanyakan pada orang lain. Jadi, setiap entry merupakan summary pada apa yang aku kutip dari pembacaan & surfing....serta perkongsian pengalaman dengan insan lain, terutamanya ibuku. Jadi aku nak share dengan kalian barang2 yang aku dah prepare sebagai persediaan untuk ke spital bila masanya telah tiba nanti....mudah-mudahan dapat dijadikan sebagai panduan.


Beg Ibu (Yang kaler krim itew)

1. Kain Batik 2 helai - Walaupun hospital sediakan uniformnya, baju spare kenalah bawak, karang tak pasal2 masa balik nanti tak berbaju, tak berkain pulak hehe...
2. Baju butang depan 2 Helai - Lengan panjang
3. Nursing Bra & Breast Pad
4. Sweater & Stoking
5. Stoking sepasang udah
6. Maternity Pad - 5 keping (rasa macam nak tambah kasi lebih skit)
7. Adult Diaper - Dalam 3 keping. Yang ni pakai masa lepas bersalin sebab time ni perlu menampung pengeluaran yang banyak!
8. Disposable Panties - 6 helai RM10 beli kat giant
8. Toiletries
9. Tuala Mandi & Sapu Tangan
10. Cawan berpenutup, Sudu Garfu
11. Camera ( Charge siap2 batterynya)


Beg Bayi
(yang warna cekelat ada munger2 itew) :P

1. Lampin - 2 helai (Termasuk selai untuk dipakai dalam labour room)
2. Selimut - 1 Helai
3. Wet Tissue
4. Baju baby + Booties & Mittens - 4 pasang (Termasuk sepasang untuk dipakai dalam labour room)
5. Alat Mandian Baby - Travel Pack (Biasanya kalau anak first ni nurse tlg mandikan guna alat mandian yang tersedia di spital, kalau kita kena mandikan sendiri sekalipun, biasanya baby dilap2 ajer, tapi ku standby kan lah juga)
6. Tuala Baby - 1 helai
7. Sapu Tangan (Towel Kecik) - 2 Helai
8. Disposable Diaper - 6 Keping (Sebaik2nya gunakan Cloth Diaper)

Item di bawah di asingkan & dimasukkan dalam plastik khas (Macam dalam Gambo kat bawah ney)


1. Sepasang baju, botties, mittens - Untuk dipakai masa dalam labour room nanti
2. Towel Baby
3. Kain Lampin - Selai
4. Selimut Bayi - Selai
5. Disposable Diaper - 1 Keping (Sebaiknya Cloth Diaper)
6. Buku Merah - Kalau asing awal2 kan ke senang, hospital mintak terus capai & bagi jer
7. Sijil/Kad Nikah - Biasanya hospital akan mintak, kalau takda ni kekadang suami tak dibenarkan masuk ikut sekali
8. Uncang Kecil - Isi IC, henpon & duit sikit

Bila semua ni barang2 di atas dah ready, letakkan setempat & pastikan ianya mudah dicapai di saat2 kecemasan hendak melahirkan nanti. Perlu diingat, ketika sedang dalam kecemasan, benda yang simple pun kita boleh lupa! Basuh siap2 semua part breast pump anda & masukkan dalam satu beg. Manalah tau nanti masa di hospital anda mengalami masalah pengeluaran susu, tak ler teraba2 si suami nak cari breast pump taruk kat mana, nak cuci lagi (salah cuci rosak pulak breast pump tu).

Jangan lupa fikirkan sekali anak2 yang bakal ditinggalkan di rumah selama anda berada di hospital. Rancang sejak awal siapakah yang akan menjaga mereka sekiranya suami keluar bekerja. Siapa yang akan membantu anda menjaga bayi selama dalam pantang & suka juga aku ingatkan, sila stand by no. telefon sykt. taxi atau ambulan. Manalah tau tatkala sakit hendak bersalin anda seorang diri di rumah & gagal menghubungi orang yang sepatutnya menghantar anda ke hospital. Beringat awal tu kan lebih baik daripada menyesal kemudian hari...

Bila dah mula rasa sakit nak bersalin, keluar tanda & sebagainya, bersihkan diri , clearkan 'apa yang patut' biar kemas & tak serabut sehingga menyemakkan hati doktor yang merawat anda (haha...) pakai pad kerana bila tiba di hospital nanti, adakalanya nurse mintak nak tengok tanda ney. Ada satu kes kawan aku, ketika sedang buang air dalam toilet ketubannya pecah & nurse tu tak yakin yang ketubannya pecah sehinggalah kawan aku tu pakai pad dan tunjukkan pad yang lencun tu padanya (padahal kain batik kawan aku tu dah basah lencun! lawak tapi benar). Kerana semua prosedur karut ni, bayinya sempat terberak najis dalam perut & mujurlah semuanya selamat selepas itu.

Lagi satu tip dari orang yang berpengalaman, sewaktu dalam labour room, bila tiba saatnya rasa nak meneran, cepat2 panggil doktor untuk tengok bukaan, kalau diamkan aja doktor akan sibuk dengan kerja2nya yang lain & kita tak mau terberanak tanpa disambut kan? Akhir sekali makan sedikit nasi serta minum yang panas2 sebagai persediaan untuk memberi tenaga supaya anda kuat di dalam labour room nanti. Sekali baca balik entry ney aku rasa persediaan nak bersalin ney mengalahkan nak pegi perang pulak hehehe....apa pun apalah sangat perancangan kita jika hendak dibandingkan dengan perancangan yang maha Esa. Kita berusaha sebaik mungkin semoga pengalaman ini menjadi yang paling indah buat kita & bayi yang bakal lahir.

Rasanya itu aja kut...kalau ada terkurang atau terlebih tu silalah sesuaikan dengan keperluan sendiri. List ni disediakan berdasarkan apa yang saya rasakan perlu & penting sahaja, Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment