Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 23 August 2010

Memasak Suka-Suki...Rich Cocoa Puding

Once in a blue moon...sesekali datang mood buang tabiat untuk memasak, aku suka mencuba resepi2 yang ada dalam senarai blog yang aku minati selama ni. Walaupun aku ni tak pandai memasak (Cian hubby aku tu :P nasib baik la dia terel masak hehe selamat!) tapi memang dah jadi hobi aku menjamu mata 'memblog walkingkan' diri menjengah blog2 yang ada resepi2 & gambar2 masakan yg best2. Terliur betul bila tgk gambo masakan yang segar buger & membangkitkan selera.....(terutama bulan2 posa ni). Biasanya resepi manisanlah yang jadi pilihan, sebab kalau resepi lauk-pauk tu, dengan mak pun belum khatam nuntut lagi hehe...

Sejak2 dah jadi bini orang ni kenalah rajin2 ke dapur...nak kena asah2 bakat memasak (itupun kalau wujudlah bakat tu dalam diri aku ni) hehe....ekceli aku dah lama admirer dengan satu blog masakan ni - Dapur Tanpa Sempadan.


Selain tu ada 2 lagi blog masakan yang tak kurang hebatnya, yang aku minati :

Kuali Buruk


BlogResipi

Suka sangat tengok pic2 makanan yang cantik berwarna-warni & cara hidangan yang cermat habis tu...boleh jadikan panduan bagi org2 yg 'tgn kayu' cam aku ni. Resepinya sangat asli, pengarangnya very komited, almost everyday updated resepi baru (idak mcm blog haku ni, 'setahun sekali' lom tentu berupdated!) huhu... gambar masakan, cara hiasan, susun atur & resepi yang dikongsi semuanya ada kelainan & bercitarasa tinggi...sekali tgk kalah gambar dalam majalah masakan tu.

Ekceli, ada kisahnya di sebalik penemuan blog "Dapur Tanpa Sempadan" ni. Time tu aku tgh kemaruk demam menonton citer "The Little Nyonya" petang2 kat tv2 kalau tak silap (sekarang ni siri ni diulang tayang semula di NTV7, waktu siaran tengahari). Siri ni mengisahkan kehalusan cara hidup tradisi kaum Baba & Nyonya berusia 70 tahun yang lampau, yang mana bagiku sangat2lah menarik hati, terutamanya dari segi makanan2nya & peralatan pinggan mangkuknya yang unik amat! So dalam banyak2 resepi tu aku tertarik pada satu resepi ni, kalau tak silap namanya "Ayam Pongteh" (ntah kenapa aku syok sgt dgn resepi ni pun tak tau lew, bunyi macam best jer walaupun aku belum cuba lagi memasaknya).

Search punya search, terhinggap lew kat blog Dapur Tanpa Sempadan tu, tengok2 memang berlambak resepi nyonya dalam blog ni. Selain resepi, ada koleksi pinggan mangkuk berbudayakan Baba & Nyonya yang menggoda minat aku kaw2 punya. Tradisi Baba & Nyonya ni tak jauh berbeza dengan budaya Masyarakat Melayu. Anak2 dara berkain batik & berkebaya, bersulam & menenun, amalan makan sireh, memasak guna batu lesung, berpantun, seloka...owh... sangat sukalah!


Dalam banyak2 resepi yg ada dalam blog tu, so far baru try 1....resepi manisan namanya Rich Cocoa Puding. So di bawah ni disertakan hasil percubaan yang syukur alhamdulillah menjadi & sgt sedap rupa2nya! (Bak kata pemilik resepi ni, org pekak pun leh buat - hehe aku ler tu) Family aku semua suka, resepi ni cukup utk diulang makan dua hari berturut2 time buka puasa. Time2 puasa ni memang sedap kalau dapat makan manisan yg lembut & sejuk meluncur masuk dalam tekak ni & menjurus masuk terus ke perut...memang nikmat!

Tanpa banyak cakap lagi, di bawah ni disertakan senarai resepi yg dipetik sebijik2 dari blog tersebut, selamat mencuba yer....

RESEPI RICH COCOA PUDING

Bahan untuk pudingnya :
  1. 4 1/4 cawan air - aku taruk 5 cawan air
  2. 1/2 cawan serbuk koko, diayak - aku taruk 3/4 cawan, peh tu maleh lak tu nak ayak
  3. 1 cawan gula pasir - mak & abah tak suka manis2, so aku kurangkan jadi 1/2 cawan jer
  4. 1/2 cawan susu tepung, diayak - aku tak ayak juge :P 'derhaka' sunggoh aku ni huhu
  5. 1/2 camca teh garam (mat tak letak) - aku taruk gak la cikit garam
  6. 4 sudu makan tepung jagung
  7. 1/2 camca teh esen vanilla
  8. 10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly) - iya aku pun dgn gigihnya cari jenama ini jugak
  9. 3 sudu makan mentega

Bahan Untuk 'kuahnya' :
  1. 1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya - aku tak asingkan jusnya, hantam sajalah labu
  2. 1 tin sus sejat "IDEAL" - iyaaaa...susu cair IDEAL paling sedap
  3. Sedikit ceri merah - ni tak beli pun, sebab dalam koktail tu dah ada merah2 buah ceri

Cara membuatnya :
Campurkan bahan puding 1 hingga 8 di dalam periuk, jerang atas dapur & kacau tanpa henti, bila dah pekat tu tandanya dah nak masak lew tu....last but not least masukkan mentega yg 3 sudu tu, kacau lelaju then masuk dalam acuannya. Sejukkan dan hidangkan bersama isi koktail & susu cair....kena pulak sejuk2 tu....sangatlah sedap okay! TQ kepada pemilik asal resepi ini kerana sudi berkongsi ilmu, memang ngancem you!

Dan ini lah hasilnya air tangan aku yang tak seberapa ney...Tarrraaa....!!