Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday 18 November 2011

Setahun Sudah Usianya

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ini genap setahun sebulan usia puteraku Yusuf Fansuri. Ibarat berdiri di hujung jalan, bila ditoleh ke belakang melihat di sepanjang perjalanan yang jaraknya setahun sebulan itu....sarat dengan bermacam kejadian yang mencabar emosi, menguji rasa dan tak kurang juga menduga akal...apapun, tiada yg lebih indah selain menjadi seorang ibu...♥ Umi Sayang Yusuf!


Lama sungguh tak upload blog. Sebenarnya bila dah menjadi surirumah sepenuh masa, urusan mengatur masa terasa lebih mencabar berbanding masa kerja dulu. Bz doploh pat jam...ntah apa yang di bzkan pun tak pasti. Yusuf semakin aktif (ulang suara aktif yer bukan notty) :D Ngeeeeee....!

Yusuf belum pandai berjalan lagi (tapi sudah pandai memanjat), pandai bersalam cium tangan, bersungguh-sungguh diciumnya tangan kita kekadang bila terleka sampai dibasahi air liur atau digigitnya tgn kita tu...huhuhu...pandai letak tangan kat tepi telinga mengajuk orang tgh azan, yang lawaknya bila mengajuk 'bye2' ala ala menari macam saloma! huhuhuhu...hampir semua perkataan yang disebut di depannya dia sudah pandai ulang semula. Sudah kenal huruf 'Ba' pada flashcard Hijaiyah...dan satu dua huruf lagi (mengikut mood) pandai sebut kebanyakkan huruf hijaiyah dengan bunyi makhraj yang tepat. Huruf berpangkal 's' seperti 'Sha' 'Sa' 'So' 'sod' mungkin yang paling sukar buatnya.

Paling kelakar waktu Yusuf sebut huruf Kaf : 'Kha' usaha sungguh-sungguh ni sebut 'kkhhaaaaa...' tarik dari dalam anak tekak, bukan main payah lagi kita yang melihatnya...lucu! Paling cute waktu Yusuf sebut huruf 'tha' sekali dengan bunyi angin berdesir 'hams'. Aku ketawa sorang-sorang bila Yusuf sebut huruf 'nun' 'nnnnnnnaaa..', panjang sungguh dia tarik 'n' tu sehinggakan dalam perbualan seharian bila nak sebut 'nak' atau 'nenen' pun mesti sama, akan tarik huruf 'n' sepanjang mungkin (kadang-kadang terus hilang 'ak' pada perkataan 'nak' dek kerana pjg sgt tarik 'nnnnn...'). Salah aku jugak waktu ajar dia flashcard duk pulun tarik 'n' lebih2 waktu sebut huruf 'nun : 'na'.

Aku masih ingat lagi sewaktu kali pertama huruf 'Ba' meluncur keluar dari mulut Yusuf sewaktu ditunjukkan flashcard hijaiyah di depannya dua bulan yang lalu, aku ketawa semahu-mahu, air mata laju turun ke pipi. Kehairanan Yusuf bila aku menari-nari depannya (haaa sampai menari tu, over ngko!) ku cium2 pipinya, terharu sungguh waktu itu. Mak yang di KL pun aku telefon untuk mengkhabarkan berita gembira itu. Bila dengar aku menangis suara mak pun seakan bergetar. Mak pesan supaya aku rajin2 mengasuh Yusuf ke arah menjadi seorang Tahfiz satu hari nanti. Dalam keluargaku tak ada seorang pun yang hafal al-quran. InsyaAllah manalah tahu jika rezekiku anak ini akan jadi tahfiz satu hari nanti, membawa keberkatan & kebaikan pada keluarga kami...amin...insyaAllah. Mungkin pada sesetengah orang perkara sebegini perkara biasa apalah sangat untuk digembar-gemburkan...tapi buatku, Allah...sahajalah yang mengetahui. Besar sungguh harapan yang aku letakkan pada anak yang seorang ini.

Yusuf belum pandai bercakap tetapi dia tidak pelat & pandai mengajuk perbualan kita. Berdasarkan pemerhatian aku, pengajaran flashcard Hijaiyah yang aku mulakan sejak awal usianya banyak membantu Yusuf menyebut perkataan dengan sebutan yang tepat. Sewaktu umur beberapa bulan saja dia dah pandai sebut Ummi & Nenen. Sebenarnya kesedaran untuk memberikan pendidikan awal kepada anak terbit setelah membaca dua blog ini :


Sejak mengandung lagi hari-hari aku teliti & renungi pengalaman kedua-dua ibu hebat ini mendidik anak mereka menjadi tahfiz dalam usia yang masih muda. Teruja dengan pencapaian anak-anak mereka aku memulakan langkah pertama dengan membeli Set Buku dan VCD al Furqan. Ketika itu aku masih mengandung lagi. Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda baris pula merupakan langkah yang kedua aku ambil. Semasa dalam pantang kan main gigih mengajak suami ke Setapak membelinya direct dengan pengedar. Banyak buku-buku berkaitan pendidikan awal dijual di situ. Rasa macam nak borong semuanya. Tak mengapa, step by step. Masukkan ilmu al-quran terlebih dahulu, mudah-mudahan ilmu yang lain mudah masuk selepas itu.

Membeli alat pendidikan memang mudah, namun meluangkan masa dan mencekalkan hati untuk mendidik anak mengenal al-quran tidak semudah seperti yang disangka. Sebenarnya memang tepatlah sebagaimana yang aku pernah katakan di dalam entri sebelum ini, aku bukanlah seorang yang istiqamah dalam membuat sesuatu perkara. Disiplin seumpama musuhku yang paling ketat. Mungkin sebab itulah aku lebih sesuai melakukan kerja2 freelance di rumah berbanding terikat dengan waktu kerja & arahan bos di pejabat. Walaupun aktiviti semudah makan vitamin, hatta mengupdate blog & menreply comment kat FB pun tak komited. Apatah lagi mendidik anak. Susah betul nak disiplinkan diri meluangkan masa beberapa minit sehari untuk mengajar anak flashcard Hijaiyah. Macamana anak nak disiplin kalau Umminya sendiri tak Istiqamah....Haihhh...! Sejujurnya aku jarang-jarang sekali aku bawak keluar flashcard tu untuk ditunjukkan kepada Yusuf.


Ntah mengapa dalam entri kali ini tergerak pula hati untuk berkongsi tentang pengalaman mendidik Yusuf. Sebenarnya malu-malu juga nak bercerita maklum la diri tak setara mana, dengan tak istiqamahnya...haiihh...sigh! Kawan-kawan yang membaca entri ini, aku nak mengajak kalian semuanya memulakan pendidikan anak seawal yang mungkin, khususnya ilmu al-quran dan tiada guru yang lebih baik selain kita ibu bapa anak itu sendiri.

Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk syok sendiri menceritakan pencapaian anak yang tidaklah sehebat mana. Sekadar ingatan buat diri bahawa semua anak dilahirkan bijak, selebihnya tanggungjawab serta peranan kitalah sebagai ibu/pendidik yang menentukan tahap pencapaian anak kita selanjutnya. Alhamdulillah mujur Yusuf cepat tangkap, bayangkan kalau aku lebih rajin lebih kerap mengajar dia...mungkin dia mampu ikut jejak langkah anak2 idola ku Lina Karim dan kak Rozana. Kak Lina & Kak Zana doakan aku supaya rajin & istiqamah mendidik Yusuf ya...

Sebagai penutup serangkap pantun sebagai sumber inspirasi buat ibu-ibu serta diriku sendiri :

Buai Tingi-tinggi,
Sampai Cucur Atap,
Belum Tumbuh Gigi,
Sudah Pandai Baca Kitab...

p/s: Pakej Al Furqan tu satu set buku 4 buah semuanya dan satu cd nashid untuk kanak kanak yang ada kena-mengena dengan bunyi sebutan huruf al quran yang diajar dalam pakej tersebut.

Kad Hijaiyah tu pula satu set huruf jawi berbaris atas. Kedua-duanya aku beli di tempat yang sama iaitu : 65-1, Block E, Platinum Walk, No. 2, Jln Langkawi, Setapak 53300 KL
Tel : 03-4143 5540

Di harapkan sedikit info di atas dapat membantu ibu-ibu di luar sana memulakan langkah awal mendidik anak mengenal al quran. Terima Kasih.

2 comments:

  1. Good info Dayah. Pandai Yusuf. Semoga hasrat kau nak menjadikan Yusuf seorang Tahfiz kelak dipermudahkan Allah.

    Eh, aku berminat jugaklah dengan Set Al-Furqan tu. Berapa eh harga dia?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Aisyah....
    syukur Alhamdulillah.
    Set al furqan ni harganya RM24.90.

    ReplyDelete