Yusuf's Breastfeeding Tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 17 August 2010

Its Girl...or Boy?

Sejak dari kecik memang minat dgn budak2....maklum lew anak bongsu....takda adik. Anak buah pun dah berbuah-buah....8 orang semuanya. Asyik tgk anak org je....this time masa ku telah tiba... Yeahh....Yeahh....! Happy lah! Teringin sebenornya nak dokong baby sendiri :) jantina? ekceli utk anak sulung ney tak kisah sangat jantina apa...lelaki pun ok...perempuan pun ok...

Tapi suami ku ini ada juga hint2 nak baby boy sebagai anak sulung-command lew tu kan....encik suami tu dah siap dah panggil2 guna nama lelaki kalau 'bercakap dengan perut' ni...amat confident sekali beliau itu!...huhu...memang kebanyakkan orang (tak terkecuali kekadang aku sendiri) akan pk kalau anak sulung lelaki dia leh jaga n lebih bertanggung jawab pada adik2 dia...but bila dipikir2kan balik, benda ni isu subjektif...sebab, ironinya pada kebanyakkan masa dalam hidup aku ni, aku dapati anak perempuan lebih take care n komited pada family & adik-beradiknya...kan? kan? :D Peh tu yg paling penting biasanya anak perempuan ni dia 'geng' dgn maknya hehe...

Yang peliknya sejak awal mengandung, ramai betul di kalangan kenalan/sedara mara aku yg terel mengalahkan 'Ahlil Nujum'. Perut belum nampak dah pandai2 teka baby ni girl (peliknya takder pulak yg nak teka boy tu...why ek?) .....(",)

Macam2 kepercayaan atau petua yg aku dengar sebagai klu bagi mereka menentukan jantina bayi dalam perut aku ni, antaranya adalah:
  1. "Owh, baby perempuan suka nak berdukung dengan ko...tu dalam perut tu kawan dia lew tu...kompom pompuan!"
  2. Kes ke 2 : "Owh! baby perempuan tak nak berdukung dgn you...dalam perut tu haruslah baby girl jugak...dia tak nak sama jantina...belaga!" - Wah...cenggini pun yer?...huhu
  3. Third Case : "Aii..berseri2 muka, ko pregnant ek? Ha..! Ko tumpang seri anak ko ney...sah baby girl!"
  4. Case ke 4 : (ni agak memedihkan ati..hehe) "Mak aiiii....selekehnya ko sejak pregnant ni...mesti ko pregnant anak perempuan ni...dia amik seri ko!"- adey la...
  5. "Bentuk perut ko ni membulat...biasa kalau bulat cenggini anak perempuan" - Agak2 ader tak org mengandung perut 4 segi ke tiga segi....?
  6. Bila, aku tgh ngemas2 kat opis...ada gak yg kata "Wah rajin kak, ni biasa kalau rajin ni mesti anak perempuan dalam perut tu"
  7. ....dan list ni berterusanlah makin panjang & makin merapik....
Akhirnya, bagi menamatkan segala spekulasi....pada genap usia kandungan aku 6 bulan aku pun pi lew scan kat Poliklinik Taman Permata (Murah ajer RM30 sekali scan, Dr. nya pun ramah n menerangkan penuh detail pasal baby)....kata doktor tu...jeng...jeng...jeng... suspen suspen... lama Dr. tu diam..menelek dan telek lagi, uihhh lama nyer tilik dr...akhirnya keluar lew sebaris ayat dari mulut Dr. tu...

"Insyaallah, 99.9% bayi awak ni LELAKI...tu nampak tottttt..... dia....tu awak nampak tak tu yg terjulur kuar tu......totttt dia lew tu"

Lepas tu aku sengih ajer lah dari keluar pintu klinik tu sampai ler balik ke rumah....sengih tu bukan apa, sengih memikirkan spekulasi2 & ramalan ahlil nujum yang dah tersalah teka...lawak sesangat rasanya...

Apapun secara seriusnya, bagi aku tak wajarlah utk membeza2kan anak walau dgn apa cara sekali pun. Asalkan baby tu lahir dalam keadaan sihat walafiat...sudah! Apalah agaknya perasaan anak tu setelah lahir ke dunia, mendapati dirinya sebenarnya tak dikehendaki ataupun bukan pilihan...anak adalah kurniaan terbesar dari Ilahi, nikmat & tanggungjawab yang patut kita syukuri tak kiralah apa jantinanya atau bagaimana rupanya. Bayangkan pasangan yang bertahun2 berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat walau telah mencuba dengan pelbagai cara & ikhtiar. Kita yang mudah2 'lekat' ni nak banyak bunyik pulak...huhu... (",)

2 comments:

  1. Salam Singgah,

    Tengah preggy anak sulung ye... seronoknya. Tahniah2.. semoga semua selamat nanti ye. Baby girl atau boy pun takpe asalkan sihat :)

    Re: pasal eggless choc cake tu, whole wheat flour tak guna. tp saya terlupa nk padam kat bahagian cara-cara. Sorry ya :)

    Ijan

    ReplyDelete
  2. Ya, Saya pregnant anak sulung, betul tu, apa jantina pun tak apa asal keluar sihat & sempurna sifat.

    Eggless Choc Cake tu saya dah cuba buat & nak buat sekali lagi. Ikut 100% cara yg u ajar dari web u...anyway tq yer, resepi tu memang best! :)

    ReplyDelete